Penat seharian melayan anak-anak yang bercuti sekolah hari ni? Tentu banyak aktiviti keluarga yang dilakukan sepanjang hari tadi.

Anak-anak ni bila dapat luang masa dengan mak ayah, happy bukan mainlah. Tambah-tambah kalau dibawa berjalan ke tempat yang mereka suka. Contoh,

1) Kalau anak suka haiwan, mak ayah bawa ke zoo atau ke agro farm. Dapat tengok haiwan secara live, dapat sentuh dan bagi makan pula. Puas hatilah anak tadi. 2-3 harilah bercerita betapa seronoknya dapat pergi ke sana. “Nanti nak pergi lagi, bu.Itu tanda keterujaan anak-anak.

2) Anak suka rekacipta dan sains, bolehlah bawa ke Planetarium Negara atau benarkan anak sertai kelas robotik. Banyak institusi yang tawarkan kelas robotik untuk kanak-kanak sekarang ni.Selain berpeluang menunjukkan kreativiti, anak-anak juga dapat berkongsi minat dengan kawan-kawan yang mereka jumpa di kelas ini.

3) Anak minat memasak dan selalu nak tolong bila mak buat kerja di dapur. Ini paling seronok kalau dibawa ke kelas memasak. Bukan anak sajanyang seronok. Dengan kita mak-mak pun excited sama nak tengok kreativiti anak memasak. Kalau yang suka buat kek, biskut atau roti pun best. Belajar dari awal, nanti muda lagi dah boleh buat bisnes pastri. Wahhhhh!

4) Anak minat seni lukis, apa kata bawa anak-anak ke kelas melukis. Mak ayah usah risau kalau minat anak tertumpu pada melukis dan bermain warna. Tidak semestinya mereka akan menjadi pelukis jalanan bila dewasa nanti.

Ada banyak peluang kerjaya yang boleh mereka terokai dengan dorongan mak ayah dan keluarga. Antaranya pelukis pelan, pereka fesyen atau interior designer.Banyak aktiviti menarik yang boleh dibuat bersama seisi keluarga.

Asal saja cuti yang terluang terisi dengan perkara berfaedah, insya-Allah anak akan belajar banyak perkara tentang kehidupan.Semoga cuti-cuti akan datang akan dihabiskan dengan penuh bermakna seperti hari ni juga.

Similar Posts