Tips Petua Semulajadi Alami Untuk Bayi Tidak Tidur Malam 

Menidurkan bayi pada waktu malam bukanlah pekerjaan yang mudah dilakukan oleh ibu bapa dan ia merupakan salah satu masalah yang sering dihadapi oleh ibu bapa terutamanya kepada yang mempunyai bayi baru lahir. Bayi yang sering bangun pada waktu malam sebenarnya sangat normal, terutama bagi bayi yang mengambil susu ibu. Ini kerana susu ibu dicerna lebih cepat daripada susu formula.

Apabila sukar tidur pada waktu malam, bayi biasanya cerewet dan mudah meragam. Antara punca bayi mengalami masalah tidur pada waktu malam, mungkin disebabkan oleh kitaran dan jam tidur mereka yang tidak teratur. Kerana, kanak-kanak biasanya terbiasa dengan konsisten. Namun ibu-ibu jangan risau, jom SimpliRub kongsikan beberapa tips atau petua yang boleh dilakukan oleh ibu di rumah supaya dapat menjadikan bayi ibu tidur nyenyak pada waktu malam.

Tips Pertama : Petua Semulajadi Alami Untuk Bayi Tidak Tidur Malam 

  1. Tetapkan waktu tidur bayi

Tips pertama yang boleh digunakan oleh ibu-ibu untuk memudahkan bayi tidur malam adalah dengan membiasakan bayi tidur mengikut waktu yang sama. Bayi dapat belajar dengan cepat dan dengan cara ini, ianya dapat membuatkan bayi lebih mudah tidur malam dan lebih nyenyak serta kurang menangis pada waktu malam. Selain itu dengan menetapkan waktu tidur bayi, ianya dapat memberi isyarat bahawa waktu tersebut merupakan waktunya untuk tidur

Tips Kedua : Petua Semulajadi Alami Untuk Bayi Tidak Tidur Malam 

  1. Letakkan bayi di tempat tidur ketika dia mula mengantuk 

Sekiranya ibu inginkan bayi tidur nyenyak sepanjang malam, letakkan bayi di dalam buaiannya ketika dia kelihatan mengantuk. Ini mungkin terdengar konyol, tetapi cara ini dapat membantu bayi mempunyai kemampuan untuk tidur sendiri tanpa bantuan ibu bapa mereka.

Walaupun cara ini dapat membantu bayi ibu tidur, ianya mungkin memerlukan masa sekitar seminggu untuk bayi terbiasa. Selain itu, selalu letakkan bayi dalam keadaan terlentang, bersihkan tempat tidur dan gunakan selimut lembut yang tidak terlalu tebal atau nipis sehingga bayi dapat tidur dengan selesa.

Tips Ketiga : Petua Semulajadi Alami Untuk Bayi Tidak Tidur Malam 

  1. Redupkan lampu bilik tidur 

Sama seperti orang dewasa, bayi juga tidak dapat tidur di bilik yang terang. Lampu yang terang boleh mengganggu tidur bayi. justeru, redupkan atau malapkan lampu di bilik tidur bayi agar si kecil dapat tidur dengan cepat. Cahaya yang redup akan menjadikan bayi mudah tidur kerana mengendurkan mata. Lampu redup juga boleh menjadi sebagai penanda waktu tidur. Menjadikan lampu redup pada waktu malam akan membantu bayi ibu mengetahui perbezaan antara siang dan malam. Sesuaikan juga lokasi lampu agar kesihatan mata mereka terjaga.

Tips Keempat : Petua Semulajadi Alami Untuk Bayi Tidak Tidur Malam 

  1. Suhu bilik yang nyaman

Untuk memastikan keselesaan bayi dan tidak terganggu ketika waktu tidurnya, ibu haruslah memastikan bilik tidurnya sentiasa dalam keadaan nyaman. Elakkan suhu bilik yang terlalu panas atau terlalu sejuk. Pastikan suhu dan kelembapan bilik tidur yang tepat untuk membantu bayi ibu tidur nyenyak. Suhu bilik tidur yang dianggap sesuai untuk bayi adalah sekitar 21 atau 22 darjah celcius. 

Sekiranya bayi ibu kelihatan berpeluh ketika waktu tidur, tambahkan lapisan tuala lembut untuk menyerap peluh dan menjaga kelembapan kulit. Dan jika bayi berasa sejuk, tambahkan selimut yang tidak terlalu tebal atau terlalu nipis untuk membuatnya selesa ketika tidur pada waktu malam.

Tips Kelima : Petua Semulajadi Alami Untuk Bayi Tidak Tidur Malam 

  1. Biarkan bayi aktif pada siang hari

Bayi yang aktif pada waktu siang akan meningkatkan kualiti tidur mereka pada waktu malam. Namun, ibu harus memastikan bahawa bayi ibu tidak terlalu letih untuk bermain. Terlalu letih juga sebenarnya boleh menyukarkan bayi ibu berehat pada waktu malam.

Walaupun aktiviti pada waktu siang sangat disarankan untuk bayi, aktiviti ini tidak lengkap tanpa tidur sebentar. Tidur siang yang kerap untuk memastikan si kecil anda tidak letih. Ibu boleh memastikan selepas bayi bermain di selangkan dengan waktu tidur yang singkat sekitar 20-30 minit.

Tips Keenam : Petua Semulajadi Alami Untuk Bayi Tidak Tidur Malam 

  1. Menukar Bantal dan Tempat Tidur Bayi

Cara menenangkan bayi yang rewel pada waktu malam adalah dengan menukar bantal dan tempat tidur bayi. Kadang-kadang bayi akan merasa tidak selesa dengan bantal dan tempat tidur mereka. Selain itu, bantal dan tempat tidur bayi mungkin dibasahi peluh, menjadikannya kurang selesa ketika tidur. Oleh itu, Ibu boleh menukar bantal dan tempat tidur bayi sebagai cara untuk menangani bayi yang sering maragam pada waktu malam. Selain bantal dan tempat tidur bayi, Ibu juga harus memastikan bahawa pakaian dan lampin bayi tidak basah kerana jika mereka basah, si kecil ibu akan berasa tidak selesa. 

Tips Ketujuh : Petua Semulajadi Alami Untuk Bayi Tidak Tidur Malam 

  1. Urutan lembut pada bayi sebelum tidur

Petua ini sangat mudah tapi jarang diamalkan oleh ibu-ibu di rumah apabila bayi mereka sukar tidur malam. Caranya adalah urutan lembut pada bayi dengan hanya menggunakan jari jemari ibu sahaja sebelum si kecil ibu tidur. Untuk meningkatkan lagi keberkesanannya, ibu boleh mengurut bayi menggunakan minyak telon atau balm yang dikhususkan untuk bayi.

Balm dari produk SimpliRub merupakan balm yang dapat membantu antaranya. Kandungan SimpliRub balm yang mengandungi bahan asas semulajadi seperti eucalyptus oil, peppermint dan lavender bukan sahaja dapat memberikan kehangatan yang selesa, malahan dapat melindungi si kecil ibu dari gigitan nyamuk ketika tidur. Aroma wangi dari lavender juga dapat membantu bayi ibu-ibu tidur dengan lebih lena.

Ibu boleh menggunakan balm sedikit sahaja di bahagian perut, dada, punggung, tangan dan kaki bayi sambil diberi urutan lembut. Beri urutan lembut dan ringan pada bayi selama 15 minit sehingga dia tertidur lebih cepat. 

Itu sahaja perkongsian tips dan petua semulajadi yang boleh diamalkan oleh ibu-ibu di rumah untuk bayi yang sukar untuk tidur malam. Semoga perkongsian artikel dan video ringkas dari SimpliRub di bawah ini dapat memberi manfaat kepada ibu-ibu di luar sana.

Similar Posts