Tips Petua Semulajadi Alami Untuk Bayi Selsema
Selsema adalah jangkitan pernafasan yang disebabkan oleh virus dan merupakan penyakit yang kerap dihidapi oleh bayi dan kanak-kanak terutamanya pada musim hujan. Keadaan ini juga bukan sahaja menyebabkan bayi mengalami masalah seperti hidung tersumbat atau berair malahan menyebabkan ibu-ibu di luar sana risau akan kesihatan bayi mereka.
Dalam keadaan ini, ibu tidak boleh membiarkan selsema ini sembuh dengan sendiri kerana ia boleh menyebabkan tubuh bayi menjadi semakin lemah seterusnya akan mengganggu aktiviti seharian mereka. Di samping itu, ibu juga tidak boleh memberikan ubat kepada bayi mereka sewenang-wenangnya tanpa pengawasan doktor kerana dikhuatiri dapat memberi kesan sampingan kepada bayi.
Penggunaan ubat juga tidak digalakkan terutamanya kepada bayi yang baru lahir dan kanak-kanak yang masih kecil. Namun ibu jangan risau, terdapat banyak tips atau petua semulajadi yang akan SimpliRub kongsikan untuk membantu ibu-ibu di luar sana menyembuhkan selsema yang dialami oleh bayi.
Tips Pertama : Petua Semulajadi Alami Untuk Bayi Selsema
- Susu ibu dan Perbanyakkan Cecair kepada bayi
Antara petua yang sangat berkesan apabila bayi mengalami selsema adalah dengan menggalakkan ibu untuk terus menyusu bayi mereka. Selain dapat membantu ibu menghidrat dengan betul, susu ibu juga mengandungi bahan imun yang sangat baik untuk bayi serta dapat meningkatkan sistem imun kepada bayi mereka.
Bagi ibu yang mempunyai bayi atau anak kecil yang berumur 6 bulan ke atas pula, boleh berikan mereka air suam. Ini dilakukan untuk membantu membersihkan kerongkong. Tapi harus diingat, elakkan daripada memberikan campuran air dan madu kepada bayi di bawah 1 tahun. Madu yang diberikan kepada bayi yang belum berusia satu tahun dapat meningkatkan risiko penyakit botulisme yang berbahaya.
Tips Kedua : Petua Semulajadi Alami Untuk Bayi Selsema
- Membersihkan hidung menggunakan air garam
Sama seperti yang berlaku pada orang dewasa, lendir di hidung si kecil ibu juga boleh menjadi tebal dan sukar dikeluarkan ketika bayi selsema. Jadi, ibu perlu menjadikan lendir menjadi lebih cair supaya senang untuk dikeluarkan.
Caranya adalah, ibu boleh mencuba dengan memasukkan setitik air garam ke dalam lubang hidung si kecil ibu menggunakan penitis untuk bayi. Kaedah ini cukup berkesan dalam membantu melembabkan selaput pada saluran pernafasan bayi dan mencairkan lendir hidung supaya lebih mudah keluar.
Tips Ketiga : Petua Semulajadi Alami Untuk Bayi Selsema
- Sesuaikan Kedudukan Tidur Bayi
Walaupun lendir di hidung si kecil telah dibersihkan, hidung bayi secara semulajadi mungkin masih tersumbat lagi kerana pengeluaran lendir hidung meningkat semasa selsema. Jadi, ibu perlu menyesuaikan kedudukan tidur si kecil dengan betul agar rehatnya tidak terganggu ketika saluran pernafasannya dipenuhi dengan lendir lagi.
Cara mudah yang boleh dilakukan oleh ibu adalah dengan memastikan bahawa kepalanya lebih tinggi daripada dada. Kedudukan ini membolehkan bayi ibu menghirup udara dengan lebih mudah kerana saluran udara lebih terbuka.
Tips Keempat : Petua Semulajadi Alami Untuk Bayi Selsema
- Menyedut wap air suam
Dengan menghirup wap air suam boleh menjadi cara semulajadi untuk menyembuhkan selsema pada bayi. Ibu boleh mengisi air suam di dalam bekas dan meletakkan kepala bayi di atas permukaan air. Pastikan juga jarak antara wajah bayi dan bekas berisi air tidak terlalu dekat. Wap air suam dapat membantu mencairkan lendir serta melegakan saluran hidung yang tersumbat pada bayi yang mengalami selsema .
Tips Kelima : Petua Semulajadi Alami Untuk Bayi Selsema
- Rehat yang mencukupi
Rehat yang cukup sangat penting dan berkait rapat dengan sistem ketahanan badan. Justeru, ibu haruslah memastikan bayi mendapat tidur yang cukup sehingga sistem imun si kecil menjadi lebih baik, sehingga mereka dapat melawan selsema yang dihidapi. Di samping itu, persekitaran yang selesa juga memainkan peranan penting kepada bayi supaya si kecil dapat tidur dengan selesa dan nyaman.
Tips Keenam : Petua Semulajadi Alami Untuk Bayi Selsema
- Udara persekitaran bayi lembap
Pastikan udara lembab untuk membersihkan saluran pernafasan bayi
Untuk membantu memudahkan bayi bernafas dengan lancar ketika mengalami selesema, lebih baik jika suhu bilik atau tempat persekitaran bayi lembap.
Ibu juga tidak digalakkan untuk meletakkan bayi di bilik yang berhawa dingin bagi mengelakkan hidung lebih tersumbat dengan lebih teruk. Jika si kecil ibu sudah terbiasa berada di ruangan berhawa dingin, pastikan suhu udara tidak terlalu rendah sehingga menyebabkan tubuh bayi kesejukan.
Tips Ketujuh : Petua Semulajadi Alami Untuk Bayi Selsema
- Minyak pati atau balm
Petua seterusnya yang boleh dilakukan oleh ibu untuk merawat selsema pada bayi adalah dengan menggunakan minyak pati.
Caranya, ibu boleh mengurut perlahan dan lembut pada badan bayi dengan sedikit campuran minyak pati atau balm yang dikhaskan dan selamat digunakan untuk bayi. Cara lain selain daripada mengurut, ibu boleh memasukkan diffuser yang diisi dengan minyak pati sebagai aromaterapi untuk melegakan selsema pada bayi.
Setakat ini sahaja tips dan petua semulajadi alami yang boleh dikongsikan oleh SimpliRub untuk bayi yang mengalami masalah selsema. SimpliRub harap perkongsian artikel dan video ringkas di bawah ini dapat memberi panduan kepada ibu-ibu di luar sana untuk dipraktikkan kepada bayi ibu. Namun harus diingatkan setiap tips dan petua yang dikongsikan haruslah disesuaikan dengan keperluan dan keadaan bayi ibu.