Selsema dan batuk semasa musim hujan merupakan salah satu penyakit biasa yang dialami oleh bayi dan kanak-kanak. Keadaan ini menyebabkan bayi tidak selesa dan mudah meragam. Tambahan pula ianya terjadi kepada bayi kecil yang masih belum dapat memberitahu atau mengadu perkara yang dialami oleh mereka ketika itu. 

Masalah ini menyebabkan ibu sering panik apabila bayi mereka mengalami selsema dan batuk. Terdapat segelintir ibu memberikan ubat kepada bayi dan anak-anak mereka ketika mengalami gejala seperti ini. Harus diingatkan, pemberian ubat kepada bayi dan kanak-kanak pada awal usia sangatlah tidak digalakkan. Ini kerana, ia dikhuatiri boleh memberi kesan sampingan yang serius kepada mereka. Jadi di sini, SimpliRub ingin berkongsi tips atau petua semulajadi yang boleh di dilakukan oleh ibu untuk melegakan simptom selsema dan batuk supaya menjadikan bayi ibu lebih selesa.

Tips Pertama : Petua Semulajadi Alami Untuk Bayi Selsema Batuk

  1. Titis menggunakan air garam pada hidung bayi

Garam mempunyai sifat anti-radang yang dapat membantu membersihkan lendir di hidung dan melegakan pernafasan serta melegakan batuk.

Caranya adalah, ibu perlu memasukkan 2 atau 3 titis larutan garam ke dalam rongga hidung bayi dengan lembut dan berhati-hati menggunakan penitis. Seterusnya, bersihkan hidung bayi dengan lembut. Ibu juga haruslah melakukan petua ini dengan teliti supaya tidak tersilap dan menyakiti bayi.

Tips Kedua : Petua Semulajadi Alami Untuk Bayi Selsema Batuk

  1. Gunakan humidifier untuk melembapkan udara 

Udara yang lembap dapat membantu memudahkan bayi bernafas dan mengurangkan lendir si kecil. Untuk itu, Ibu boleh menggunakan pelembap udara atau humidifier. Pemasangan humidifier bertujuan untuk menghilangkan selsema dan batuk, di mana humidifier ini berfungsi untuk mengurangkan lendir yang tersumbat di hidung bayi. Udara yang lembab juga mengurangkan risiko kerongkong kering dan tidak mengeringkan saluran udara serta dapat mencegah batuk.

Ibu boleh menggunakan humidifier yang berfungsi untuk membersihkan udara dan meningkatkan tahap kelembapan udara di sekeliling. Selain itu, harus diingatkan supaya kerap membersihkan atau menukar air secara berkala agar humidifier yang digunakan bersih daripada kotoran dan bakteria.

Tips Ketiga : Petua Semulajadi Alami Untuk Bayi Selsema Batuk

  1. Rehat yang mencukupi 

Bayi yang mengalami selsema dan batuk haruslah mendapat rehat yang cukup kerana biasanya, waktu tidur mereka terganggu kerana tidak selesa ketika menghadapi masalah ini.

Justeru, tugas ibu adalah dengan memastikan supaya bilik tidur si kecil selesa dan nyaman supaya bayi dapat tidur dengan lena tanpa gangguan. Elakkan suasana bilik tidur yang terlalu terang kerana dikhuatiri mengganggu bayi untuk rehat. Rehat yang cukup sangat penting untuk menjadikan sistem ketahanan tubuh badan bayi lebih baik.

Tips Keempat : Petua Semulajadi Alami Untuk Bayi Selsema Batuk

  1. Protein dan Vitamin yang mencukupi untuk bayi 1 tahun ke atas

Petua ini adalah dikhususkan untuk ibu yang mempunyai bayi yang berumur 1 tahun ke atas atau bayi yang sudah dibolehkan makan makanan pejal sahaja. Kunci asas untuk menyembuhkan selsema dan batuk adalah imuniti yang baik. Untuk membuat sistem imun yang baik, tubuh memerlukan protein. 

Oleh itu bagi bayi ibu yang dibolehkan makan selain daripada susu, pastikan bayi ibu makan makanan berprotein tinggi semasa sakit. Antara makanan yang berprotein tinggi boleh didapati dari ikan, telur dan ayam. Makanan tambahan seperti dari sayur-sayuran dan buah-buahan segar sangatlah digalakkan untuk memberi vitamin kepada tubuh badan si kecil ibu.

Tips Kelima : Petua Semulajadi Alami Untuk Bayi Selsema Batuk

  1.  Beri susu ibu atau cecair yang mencukupi

Seperti yang kita tahu, susu ibu mengandungi pelbagai nutrien baik yang  diperlukan oleh bayi, termasuk antibodi yang dapat membantunya melawan jangkitan virus dengan selsema dan batuk. 

Jadi petua mudah yang boleh dilakukan oleh ibu di luar sana untuk mengatasi selsema batuk pada bayi adalah dengan kerap memberi susuan ibu. Kandungan antibodi dalam susu ibu dapat melawan virus yang menyerang sistem imun bayi 

Jadi, untuk mengatasi batuk selsema pada bayi, sama ada bayi baru lahir atau berumur lebih dari 6 bulan, adalah dengan memastikan pengambilan susu ibu yang mencukupi. Di samping itu, proses penyusuan juga akan memberikan keselesaan yang diperlukan oleh anak kecil anda ketika bayi sakit.

Tips Keenam : Petua Semulajadi Alami Untuk Bayi Selsema Batuk

  1. Menyedut wap menggunakan air suam

Petua seterusnya yang boleh dilakukan oleh ibu adalah dengan memberikan bayi menghirup wap daripada air panas. Caranya, isikan air panas ke dalam baldi atau bekas yang agak besar di bilik yang tertutup. Kemudian, bawa wap ke bayi dan biarkan bayi menyedut wap dari air panas tersebut. 

Ibu haruslah berhati-hati ketika melakukan sesi ini, elakkan daripada membiarkan bayi ibu terlalu dekat dengan air yang digunakan kerana ia boleh mencederakan dan menyebabkan kerengsaan pada kulit bayi.

Tips Ketujuh : Petua Semulajadi Alami Untuk Bayi Selsema Batuk

  1. Tinggikan kedudukan kepala bayi

Apabila bayi mengalami selsema dan batuk, hidung mereka mudah tersumbat terutamanya ketika tidur. Oleh itu, perkara yang perlu dilakukan oleh ibu ialah dengan menyokong kepala si kecil meninggikan sedikit sahaja. Ibu boleh meletakkan lapisan tuala tambahan supaya paras lebih sedikit dari badan bayi. Pastikan sokongan kepala tidak terlalu tebal atau terlalu tinggi supaya membolehkan anak kecil masih dapat tidur dengan selesa. Menyokong kepala bayi dengan bantal tambahan ketika dia tidur juga dapat membantu mengatasi masalah hidung tersumbat ketika batuk

Setakat ini sahaja perkongsian artikel daripada SimpliRub tentang tips atau petua semulajadi untuk bayi yang mengalami selsema batuk. Diharapkan perkongsian artikel dan video ringkas di bawah ini dapat memberi manfaat kepada ibu-ibu di luar sana dalam merawat bayi mereka.

Similar Posts