Tips Petua Semulajadi Alami Untuk Bayi Batuk
Bayi dan kanak-kanak yang kecil biasanya lebih terdedah kepada batuk, demam dan selsema. Ini kerana sistem imun masih belum berkembang sepenuhnya. Batuk pada bayi dan kanak-kanak umumnya hanya terjadi selama beberapa hari, dan akan bertambah baik dengan penjagaan yang betul.
Biasanya, ibu akan memberi bayi dan anak-anak ubat yang boleh dibeli di farmasi sebagai cara untuk mengatasi batuk yang dialami.
Namun, Ibu tidak harus terlalu terburu-buru dalam membuat keputusan dengan memberi ubat kepada bayi. Masih banyak cara untuk menghilangkan batuk pada bayi secara semulajadi dan boleh dilakukan oleh ibu di rumah. Berikut adalah beberapa cara untuk menghilangkan batuk pada bayi yang boleh dicuba oleh ibu.
Tips Pertama : Petua Semulajadi Untuk Bayi Batuk
- Perbanyakkan cecair seperti susu atau air suam pada bayi
Antara tips yang paling berkesan untuk bayi apabila mengalami gejala seperti batuk adalah dengan memperbanyakkan pemberian cecair. Bagi bayi yang baru berusia di bawah enam bulan, ibu boleh memberikan susu ibu secara berkala agar tetap terhidrat. Seperti yang diketahui, susu ibu adalah ubat yang sangat mujarab untuk membantu sistem pertahanan bayi. Untuk bayi yang berusia lebih 12 bulan atau kank-kanak, ibu digalakkan untuk meningkatkan lagi pemberian cecair seperti susu ditambah dengan air suam untuk memberikan kesan yang lebih efektif dalam proses mengeluarkan kahak pada mereka.
Selain itu, Ibu juga boleh menyediakan menu makanan seperti sup ayam yang ditambah dengan sayur-sayuran atau membuat hidangan lain seperti jus buah-buahan. Perlu diingatkan kepada ibu-ibu di luar sana, jangan berikan sumber cecair selain susu ibu kepada bayi yang berumur kurang dari 6 bulan kerana ianya boleh menyebabkan risiko keracunan pada si kecil ibu.
Tips Kedua : Petua Semulajadi Untuk Bayi Batuk
- Menggunakan madu
Sebelum SimpliRub berkongsi tips dengan lebih lanjut, petua ini dibolehkan untuk bayi yang berusia 1 tahun ke atas sahaja iaitu dalam penggunaan madu. Hal ini kerana pemberian kepada bayi yang berusia di bawah 6 bulan selain daripada susu boleh menyebabkan botulisme atau keracunan serius akibat toksin daripada bakteria Clostridium botulinum.
Madu memang sentiasa digunakan untuk mengatasi masalah kesihatan kerana mempunyai pelbagai khasiat, salah satunya adalah dapat merawat batuk atau sakit tekak. Selain itu, madu juga dapat menyelesaikan masalah kesukaran tidur pada bayi akibat jangkitan saluran pernafasan atas.
Cara menggunakan madu untuk merawat batuk pada bayi dan kanak-kanak sangat mudah. Ibu hanya perlu mencampurkan dua sudu teh madu dengan teh atau air suam. Ibu juga boleh menambahkan lemon sebagai penambah rasa.
Tips Ketiga : Petua Semulajadi Untuk Bayi Batuk
- Dapatkan udara segara
Mungkin ini adalah cara yang kurang biasa diamalkan tetapi tidak salah sebagai ikhtiar dalam menyembuhkan batuk yang dialami oleh bayi. Ibu boleh bawa bayi berjalan-jalan di luar rumah, disarankan untuk melakukannya pada waktu pagi ketika udara masih segar.
Walaupun udara luar agak sejuk, terapi yang sederhana ini dapat melegakan batuk dan selsema pada bayi dan kanak-kanak. Jika bayi ibu masih masih tidak selesa atau sesuai dengan keadaan sekeliling terutamanya bayi yang baru lahir, ibu boleh duduk dekat pintu atau tingkap rumah untuk mendapatkan udara segar.
Tips Keempat : Petua Semulajadi Untuk Bayi Batuk
- Bersihkan rumah, alatan dan pakaian bayi
Membersihkan rumah, alatan dan pakaian adalah sangat penting kerana kebiasaan habuk adalah punca terjadinya masalah batuk. Walaupun kelihatan seperti keadaan rumah bersih, tidak salah untuk memeriksa peralatan rumah, meja yang mungkin berhabuk atau kipas yang mungkin juga mempunyai debu kotor.
Pakaian, tudung, sarung bantal, cadar dan sebagainya yang diguna mestilah perlu dicuci sekerap mungkin. Di samping itu, lantai juga haruslah sentiasa bersih kerana bayi mungkin mendapat kuman daripada lantai yang kotor ketika mereka bermain. Lap lantai dengan air panas yang dicampurkan dengan pencuci Dettol atau pencuci yang boleh membasmi kuman.
Tips Kelima : Petua Semulajadi Untuk Bayi Batuk
- Makan makanan yang sihat bagi ibu yang menyusu
Bagi bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya, ibu perlu mengamalkan pemakanan yang sihat dan berkhasiat. Ibu digalakkan untuk memperbanyakkan makanan seperti sayur-sayuran atau sup ayam dan sup daging. Pengambilan buah-buahan juga perlu dipertingkatkan oleh ibu supaya dapat menghasilkan susu yang berkualiti tinggi dan sangat baik untuk bayi sebagai penghilang rasa sakit yang dialami. Ini kerana, apa yang dimakan oleh ibu, bayi juga akan mendapat faedah melalui susu ibu.
Tips Keenam : Petua Semulajadi Untuk Bayi Batuk
- Daun pudina
Tips seterusnya yang boleh ibu-ibu di rumah lakukan adalah dengan menggunakan daun pudina, ianya mempunyai khasiat sebagai ubat batuk semulajadi atau ubat batuk herba. Daun pudina mengandungi mentol yang berfungsi untuk pengeluaran kahak dan mencairkan kahak di tekak ketika mengalami batuk.
Cara untuk menggunakan daun pudina sebagai penawar batuk, ibu boleh memasukannya ke dalam air suam atau air teh dan memberikan bayi ibu meminumnya ketika batuk atau terasa kahak tersekat di kerongkong si kecil. Penggunaan tips ini harus diingatkan kepada ibu-ibu, ia hanya untuk bayi yang telah dibolehkan untuk makan atau minum selain dari susu sahaja
Tips Ketujuh :Petua Semulajadi Untuk Bayi Batuk
- Tepuk menggunakan teknik Percussion
Teknik percussion ini adalah urutan lembut pada bahagian paru-paru dan belakang badan bayi. Caranya adalah dengan menepuk bahagian depan dan belakang badan menggunakan tapak tangan melengkung secara perlahan dan lembut. Ianya bertujuan memberi ruang kepada paru-paru untuk membuka lebih banyak ruang dan melegakan saluran pernafasan ketika bayi mengalami batuk.
SimpliRub harap perkongsian artikel dan video ringkas di bawah dapat memberi manfaat kepada ibu-ibu di luar sana dalam merawat si kecil yang mengalami masalah batuk. Namun harus diingatkan setiap tips dan petua yang dikongsi haruslah mengikut kesesuaian dan keadaan bayi ibu.