Tips Petua Cara Merawat Menghilangkan Bayi Kembung Perut
Bayi cenderung mengalami masalah perut kembung kerana sistem pencernaan bayi yang baru lahir belum matang. Kembung perut pada bayi menjadikan bayi tidak selesa sehingga sukar tidur dan mudah menangis tanpa sebab yang jelas.
Sebenarnya masalah perut kembung pada bayi hingga usia 3 bulan adalah perkara normal. Ia berlaku kerana saluran pencernaan bayi masih belum berfungsi dengan baik. Seiring dengan pertambahan usia, bayi juga dapat mengalami perut kembung kerana mereka mula mencuba makanan yang berbeza untuk pertama kalinya.
Bayi banyak mengeluarkan udara ketika mereka makan dan kehadiran gas di dalam perut adalah sesuatu perkara normal dan terjadi secara semula jadi. Gas terbentuk apabila bakteria di usus besar memecah sisa makanan. Gas akan keluar dalam bentuk sendawa atau kentut. Namun, kadangkala gas tidak meninggalkan badan dengan mudah menyebabkan masalah kembung perut terjadi pada bayi.
Tips Pertama : Petua Cara Merawat Menghilangkan Bayi Kembung Perut
- Urut perut bayi
Letakkan dua jari di bahagian pusat bayi dan urut secara lembut dan perlahan-lahan. Elakkan mengurut dengan kuat sehingga bayi menunjukkan ketidakselesaan. Tahan selama tiga hingga lima saat dan lepaskan. Mengurut perut bayi dengan gerakan ke bawah juga dapat melegakan kesakitan gas.
Ibu juga boleh menggunakan minyak kayu putih atau balm untuk disapu supaya badan bayi terasa sedikit hangat.
Tips Kedua : Petua Cara Merawat Menghilangkan Bayi Kembung Perut
2. Senaman ringan
Di samping itu, untuk mengatasi perut kembung pada bayi, ibu boleh melakukan gerakan senaman. Apa yang perlu ibu lakukan adalah dengan memegang kaki bayi terlebih dahulu. Kemudian gerakkan perlahan-lahan secara berkala. Kaedah ini dapat menggerakkan usus sehingga udara atau gas di perut bayi dapat keluar.
Tips Ketiga: Petua Cara Merawat Menghilangkan Bayi Kembung Perut
3. Tabiat pemakanan yang sihat
Beberapa kaedah terbaik untuk meredakan kembung perut pada bayi adalah dengan mencegahnya terlebih dahulu. Kaedah penyusuan yang salah boleh menyebabkan gas berlebihan. Setiap kali bayi menangis sebelum atau semasa menyusu, ia akan menelan udara berlebihan yang boleh menyebabkan kesakitan di kemudian hari.
Justeru itu, ibu haruslah memberi makan atau menyusukan bayi ketika bayi dalam keadaan tenang. Bayi juga boleh menjadi kembung jika enzim daripada makanan dipindahkan melalui susu ibu.
Selepas memberi susu formula atau susu ibu, sangat penting untuk membuatkan bayi sendawa. Sendawa adalah satu medium penting untuk bayi kerana ia boleh mengeluarkan udara keluar daripada badan bayi. Memegang bayi secara menegak atau menepuk bahu dan belakang bayi juga dapat membantu bayi bersendawa.
Tips Keempat: Petua Cara Merawat Menghilangkan Bayi Kembung Perut
4. Tepuk perlahan bahagian belakang bayi
Perut bayi yang kembung boleh disebabkan oleh masalah angin yang terperangkap di dalam perut. Keadaan ini biasanya berlaku setelah bayi minum susu formula, minum susu ibu atau selepas makan. Kesan selepas makanan atau minum ini boleh menyukarkan bayi untuk sendawa.
Cara mengatasi perut kembung pada bayi adalah setelah bayi menyusu, cubalah memeluk bayi dengan badan bayi menghadap ke arah ibu, letakkan perutnya di atas dada ibu, kemudian tepuk perlahan-lahan punggungnya untuk memprovok bayi untuk sendawa. Sekiranya bayi tidak sendawa, letakkan bayi di perut ibu selama beberapa minit, sehingga gas dapat keluar dari perut.
Tips Kelima: Petua Cara Merawat Menghilangkan Bayi Kembung Perut
5. Buatkan bayi bermain dan aktif
Antara cara yang boleh diamalkan oleh ibu untuk mengatasi masalah kembung perut pada bayi adalah dengan mengajak bayi bermain dan kekal aktif. Selain dapat melatih kecerdasan dan memperbanyakkan pergerakan bayi, ia juga sangat berkesan untuk mengatasi masalah perut kembung pada bayi. Dengan mengajaknya untuk terus bermain dan selalu aktif, ini dapat mengeluarkan gas dengan sendirinya.
Tips Keenam: Petua Cara Merawat Menghilangkan Bayi Kembung Perut
6. Berikan susuan ibu
Selain itu, cara mengatasi perut kembung pada bayi adalah dengan memberinya susu sebelum berasa lapar. Kaedah ini meminimumkan kemungkinan kembung perut pada bayi. Bayi yang menangis kerana lapar cenderung menelan angin yang lebih banyak.
Tips Ketujuh: Petua Cara Merawat Menghilangkan Bayi Kembung Perut
7. Kedudukan penyusuan yang betul
Cara mengatasi perut kembung pada bayi seterusnya adalah dengan memperbaiki kedudukan semasa menyusu. Semasa menyusu atau menghisap puting, cuba letakkan kepalanya lebih tinggi daripada perutnya.
Dengan cara ini, susu akan lebih mudah masuk ke dalam perut dan udara naik sehingga bayi dapat sendawa. Gunakan bantal menyusu untuk memudahkan penyusuan susu ibu pada kedudukan yang betul.
Jika masalah ini kerap berlaku dan mengganggu bayi, disarankan supaya membawa bayi untuk diperiksa oleh doktor untuk mengetahui adakah ada sebab-sebab lain yang menyebabkan bayi sentiasa mempunyai masalah perut kembung.
Semoga perkongsian artikel dan video ringkas di bawah mengenai tips petua cara untuk menghilangkan kembung perut boleh dijadikan panduan untuk ibu dalam merawat masalah kesihatan bayi.