Tips Petua Cara Merawat Menghilangkan Bayi Batuk
Apabila bayi mengalami batuk, si kecil akan menjadi lebih cerewet dan sukar berehat. Batuk adalah reaksi semula jadi tubuh untuk menghilang kan kotoran, virus, dan kuman dari saluran pernafasan.
Batuk yang dialami oleh bayi secara amnya bukanlah keadaan yang berbahaya. Tetapi sebagai seorang ibu, keadaan tersebut membuatkan ibu bayi merasa risau dan ingin segera merawat batuk yang dirasakan oleh si kecil. Oleh sebab itu, ibu harus mengetahui cara yang tepat untuk merawat agar batuk si kecil dapat dicegah lebih awal dan segera sembuh.
Artikel ini bertujuan untuk memberi tips petua cara merawat bayi batuk yang boleh dilakukan oleh ibu di rumah.
Tips Pertama : Petua Cara Merawat Menghilangkan Bayi Batuk
Susuan ibu
Susuan ibu mengandungi zat yang dapat meningkatkan daya tahan bayi yang juga membantu menguatkan sistem imun bayi untuk melawan jangkitan. Berikan cecair yang mencukupi kerana pengambilan cecair yang mencukupi dalam badan dapat membantu mengurangkan batuk dan membuka saluran udara si kecil untuk bernafas dengan bebas.
Oleh itu, ibu digalakkan untuk memberi lebih banyak susu ibu semasa anak kecil ibu diserang batuk.
Tips Kedua : Petua Cara Merawat Menghilangkan Bayi Batuk
Memberikan wap panas
Wap panas adalah kaedah terbaik untuk merawat batuk bayi yang berfungsi untuk menghilangkan kahak dan membantu si kecil untuk bernafas dengan lebih bebas.
Membiarkan pancuran air suam mengalir di bilik mandi dapat melancarkan saluran udara pernafasan anak kecil yang dapat membantu mengurangkan batuk. Anda boleh memandikan bayi dengan menggunakan air suam yang telah ditambahkan dengan mentol, kapur barus atau kayu putih.
Tips Ketiga : Petua Cara Merawat Menghilangkan Bayi Batuk
Menitiskan cecair garam
Cecair garam adalah ubat titis hidung yang diperbuat daripada larutan air garam steril dan dapat membantu untuk membuang lendir di hidung dan tekak bayi. Ibu boleh mendapatkan cecair garam ini di farmasi.
Gunakan penitis untuk menitiskan ke dalam rongga hidung bayi yang tersumbat. Posisikan kepala si kecil dengan sedikit mendongak ke atas, kemudian berikan 2-3 titis cecair garam tersebut. Diamkan selama 30 saat, seterusnya bersihkan dengan kapas. Pastikan ibu telah membaca label pada ubat titis untuk mengetahui dos penggunaannya.
Tips Keempat : Petua Cara Merawat Menghilangkan Bayi Batuk
Elakkan terdedah kepada pencemaran
Hindarkan anak kecil ibu daripada terdedah kepada pencemaran seperti asap rokok dan udara kotor. Ini dapat membantu mencegah keradangan yang disebabkan oleh batuk yang dialami.
Tips Kelima : Petua Cara Merawat Menghilangkan Bayi Batuk
Posisikan kepala bayi lebih tinggi
Ibu boleh mengubah posisi kepala bayi lebih tinggi daripada badannya dengan menambah bantal atau tuala gulung di bawah kepala supaya bayi dapat tidur dengan selesa. Posisi tersebut akan membantu melancarkan saluran pernafasan bayi supaya lebih lancar.
Tips Keenam : Petua Cara Merawat Menghilangkan Bayi Batuk
Berikan sedikit madu
Madu mengandungi antioksidan yang baik untuk kesihatan dan vitamin C yang baik untuk sistem ketahanan badan bayi. Beri sedikit madu dapat melegakan batuk pada bayi. Berikan bayi ibu satu sudu teh madu sebelum tidur dan pastikan rawatan madu hanya dilakukan bayi berusia lebih daripada satu tahun. Tapi perlu diingatkan, tidak boleh memberi madu kepada bayi di bawah usia satu tahun kerana ada risiko keracunan.
Tips Ketujuh : Petua Cara Merawat Menghilangkan Bayi Batuk
Minyak bawang putih
Petua untuk menghilangkan batuk bayi dengan menggunakan bawang putih yang dibakar. Caranya dengan membakar bawang putih dan seterusnya tumbuk atau lenyek bawang putih tersebut.
Kemudian campurkan bawang putih tersebut dengan minyak telon atau minyak masak. Seterusnya , sapukan campuran tersebut pada dada anak kecil anda. Ianya dapat membantu untuk melegakan pernafasan bayi.
Tips Kelapan : Petua Cara Merawat Menghilangkan Bayi Batuk
Menggunakan pelembap udara/ humidifier
Penggunaan humidifier adalah salah satu cara untuk menghilangkan batuk pada bayi. Ianya dengan menambah kelembapan pada udara, seterusnya membantu melancarkan saluran pernafasan si kecil dan melonggarkan lendir sehingga dapat melegakan batuk dan hidung tersumbat. Untuk tambahan, ibu boleh menambahkan sedikit minyak pati berperisa mentol dalam humidifier tersebut untuk melegakan pernafasan si kecil.
Tips Kesembilan : Petua Cara Merawat Menghilangkan Bayi Batuk
Menggunakan kunyit
Kunyit telah dipercayai selama berabad-abad untuk merawat pelbagai penyakit termasuk batuk. Campurkan kunyit dengan air suam untuk membuat pes halus. Seterusnya, sapukan campuran tersebut pada dada, dahi dan kaki bayi. Panas yang datang dari kunyit dapat membantu melarutkan lendir dan memudahkan saluran pernafasan bayi. Setelah selesai, bersihkan kulit si kecil dengan menggunakan air suam.
Jika masalah ini kerap berlaku dan menganggu bayi, disarankan supaya membawa bayi untuk diperiksa oleh doktor untuk mengetahui adakah ada sebab-sebab lain yang menyebabkan bayi sentiasa mempunyai masalah batuk.
Semoga perkongsian artikel dan video di bawah mengenai tips petua cara untuk merawat batuk boleh dijadikan panduan untuk ibu dalam merawat masalah kesihatan bayi.