Tips Petua Cara Merawat Dan Menghilangkan Masalah Bayi Sembelit

Apabila bayi menghadapi kesukaran untuk membuang air besar atau sembelit, hati seorang ibu tidak akan merasa tenang, terutama jika ianya membuatkan bayi berasa sakit. Walaupun masalah bayi sembelit atau sukar membuang air besar adalah perkara biasa dan sering terjadi, masalah ini tidak boleh dipandang rendah atau dibiarkan berlarutan. Bimbang pula timbul masalah kesihatan di kemudian hari.

Salah satu tanda bayi mengalami masalah buang air besar adalah jika tidak membuang air besar sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Ciri lain yang mudah dilihat ialah najis yang sukar untuk keluar ketika membuang air besar. Tanda lain adalah ketika si kecil mengeluarkan najis yang kelihatan seperti potongan-potongan kecil dan tampak keras. Terdapat beberapa tips, petua dan cara yang boleh ibu cuba untuk mengatasi masalah sembelit pada bayi. 

Tips Pertama : Petua Cara Merawat Menghilangkan Bayi Sembelit

  1. Rawatan melalui susu ibu

Sembelit sering berlaku kerana kekurangan cecair dalam badan seterusnya membuatkan bayi mengalami dehidrasi. Bayi dapat merasakan makanan yang dimakan oleh ibu melalui susu ibu yang bayi minum. Oleh itu, ibu perlu meningkatkan kekerapan pengambilan air minuman menjadi 6 atau 7 gelas air kosong setiap hari untuk memberikan susu kepada bayi supaya kekal terhidrat dan memudahkannya membuang air besar serta mengelakkan masalah sembelit.

Cecair diperlukan oleh usus besar untuk memproses sisa makanan menjadi najis. Apabila badan kekurangan air, usus besar akan menyerap air daripada sisa makanan yang dimakan. Akibatnya, najis menjadi kering dan keras, sehingga sukar dikeluarkan semasa membuang air besar.

Tips Kedua : Petua Cara Merawat Menghilangkan Bayi Sembelit

  1. Urutan lembut pada perut bayi

Apabila bayi ibu mengalami masalah sembelit, bayi akan lebih berasa tidak selesa, sukar makan, dan sering menangis. Ibu perlu mengurut perut bayi dengan lembut. Ibu juga boleh menggunakan balm yang dirumus khas untuk bayi berasa lebih selesa dan lega. Urut perut si kecil dengan menggunakan pelbagai gerakan mengurut yang ibu tahu sehingga bayi berasa lebih baik dan tidak menangis lagi. 

Selepas sesi urutan ibu, periksa lampin bayi ibu sama ada dia ada membuang air besar atau tidak. Biasanya, urutan yang ibu lakukan berkesan untuk membantu bayi membuang air besar dengan lebih mudah.

Tips Ketiga : Petua Cara Merawat Menghilangkan Bayi Sembelit

  1. Membuat latihan kaki 

Ibu juga boleh membantu bayi ibu melakukan senaman ringan dengan membaringkannya dan membuat bayi bergerak dengan gerakan ala menendang seperti sedang menunggang basikal. Ini dapat membantu melonggarkan geseran pada saluran usus dan baik untuk mengurangkan gas yang menyesakkan perut si kecil ibu.

Tips Keempat : Petua Cara Merawat Menghilangkan Bayi Sembelit

  1. Banyak bergerak/ Aktif

Bayi yang duduk lebih banyak dan malas melakukan aktiviti lebih berisiko mengalami sembelit. Dengan bergerak secara aktif, pergerakan usus menjadi lebih aktif dan sangat membantu dalam proses penyingkiran najis daripada badan. Justeru itu, ibu digalakkan untuk sentiasa bermain dengan bayi supaya bayi menjadi lebih aktif dan sentiasa bergerak walaupun ianya hanyalah gerakan kecil.

Tips Kelima : Petua Cara Merawat Menghilangkan Bayi Sembelit

  1. Memberikan bayi makanan yang berserat tinggi.

Bagi bayi yang berusia 1 tahun ke atas dan sudah boleh diberi makanan, ibu boleh meningkatkan pengambilan makanan berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan agar proses pencernaan bayi menjadi lebih lancar dan mengelakkan masalah sembelit. Campurkan juga sayur-sayuran ke dalam makanan bayi. 

Sediakan makanan kaya serat setiap hari supaya bayi mudah membuang air besar. Serat sangat membantu dalam proses metabolik yang berguna untuk melancarkan pergerakan makanan di dalam usus. Perlu diingat juga bahawa ibu harus mengurangkan pemberian makanan berlemak tinggi kepada bayi. Ini sebenarnya akan menjadikannya lebih sukar baginya untuk membuang air besar dan salah satu punca terjadinya masalah sembelit.

Tips Keenam : Petua Cara Merawat Menghilangkan Bayi Sembelit

  1. Biasakan duduk di tandas dengan kerap

Cara ini boleh dilakukan kira-kira 3-5 minit selepas makan. Ibu boleh dudukkan bayi di tandas walaupun mereka tidak merasa mahu membuang air besar. Pastikan ibu sentiasa di sisi bayi untuk mengelakkan berlakunya masalah yang lain. 

Ibu boleh mencuba untuk mencipta suasana yang selesa agar anak merasa selesa setiap kali dia membuang air besar di tandas. Dengan cara ini, bayi ibu juga dapat belajar tentang cara menguruskan keinginannya untuk membuang air besar dengan selalu duduk di tandas.

Tips Ketujuh : Petua Cara Merawat Menghilangkan Bayi Sembelit

  1. Manfaatkan pelembut najis

Ibu juga boleh menggunakan pelembut najis untuk membantu sembelit si kecil. Walaubagaimanapun,untuk kepastian daripada yang lebih pakar, seeloknya ibu berjumpa dengan doktor untuk saranan dan nasihat. Ini dapat mengelakkan kesilapan dalam penggunaan dos yang berlebihan.

Jika masalah ini kerap berlaku dan menganggu bayi, disarankan supaya membawa bayi untuk diperiksa oleh doktor untuk mengetahui adakah ada sebab-sebab lain yang menyebabkan bayi sentiasa mempunyai masalah sembelit. Jangan menganggap sembelit sebagai masalah kecil dan hanya dipandang enteng.

Semoga perkongsian artikel dan video di bawah mengenai tips petua cara untuk merawat Sembelit boleh dijadikan panduan untuk ibu dalam merawat masalah kesihatan bayi.

Similar Posts