Kelmarin saya terbaca sebuah artikel mengenai tanda-tanda anak mula menjadi raja kepada ibubapa. Memang menarik perhatian sebab ada sesetengah tanda tu memang saya pernah lihat di hadapan mata kepala sendiri.

Tak dinafikan memang mencabar menggalas tanggungjawab sebagai ibubapa dalam zaman serba moden sekarang. Mungkin disebabkan itulah ada ibubapa yang menjadi terlampau berjaga-jaga sehingga anak tidak pandai berdikari.Di sini saya kongsikan tanda-tanda anak mula menjadi raja kepada ibubapa.

1) Anak-anak tidak boleh ditegur atau dinasihatkan. Walaupun anak membuat perkara salah, ibubapa tidak mengizinkan orang lain menegur anak mereka.

2) Anak-anak tidak pandai berdikari walaupun untuk perkara mudah seperti memakai atau membuka pakaian sendiri sedangkan sudah boleh bersekolah.

3) Anak-anak akan mendapat apa sahaja yang diminta. Ini kerana ibubapa tidak mampu berkata ‘TIDAK’ terhadap permintaan anak.

4) Anak-anak pandai memanipulasi ibubapa dengan tangisan. Anak yang biasa dituruti kehendaknya apabila menangis sewaktu kecil, akan merakam keadaan itu sebagai tanda bahawa dia perlu menangis untuk dapatkan sesuatu.

Ibubapa yang mudah kalah dengan tangisan anak akan menyebabkan anak mula merajai keluarga.Oleh itu, sebagai ibubapa kita perlu tahu batas dalam mempamerkan kasih sayang dan bila perlu bertegas.

Kita juga perlu bersedia untuk menolak permintaan anak yang tidak munasabah.Semoga keluarga kita akan lebih harmoni sejahtera. Insya-Allah.

Similar Posts