Sebab Punca Bayi Tidak Tidur Malam Dan Cara Rawatan
Kesukaran tidur pada waktu malam adalah perkara biasa yang berlaku pada bayi baru lahir. Terdapat banyak keadaan yang boleh menjadi punca masalah bayi tidak tidur malam ini. Walaupun perkara ini adalah normal bagi bayi, ibu mestilah sentiasa mengambil berat sekiranya masalah tidur pada bayi berterusan atau bertambah buruk.
Pada usia yang masih belum matang, bayi biasanya memerlukan sekitar 16-17 jam tidur dalam satu hari. Selama ini, bayi biasanya hanya bangun selama 1-2 jam. Selepas bayi bertambah usia, tempoh tidur akan mula berkurang. Pada usia 6 bulan ke atas, waktu tidur yang diperlukan bayi adalah sekitar 12-16 jam sehari.
Tempoh tidur untuk bayi cenderung lebih banyak daripada waktu mereka bangun. Kadang-kadang, bayi ibu mungkin bangun selama beberapa minit dan kemudian tertidur. Corak tidur ini biasanya akan berlangsung sehingga bayi berusia 3 bulan atau lebih. Tetapi jangan risau, lama-kelamaan tubuh bayi akan mulai menyesuaikan diri dengan corak tidur sehingga waktu tidur si kecil menjadi lebih teratur.
Punca Pertama : Sebab punca bayi tidak tidur malam dan cara rawatan
- Bayi lapar
Bayi lapar adalah penyebab paling biasa apabila bayi mengalami masalah tidur dan bangun pada waktu malam. Ini kerana susu ibu dapat dicerna dengan mudah oleh bayi sehingga perutnya dapat merasa lapar lebih cepat. Apabila lapar, bayi akan menjadi mudah meragam dan mungkin menangis sepanjang malam.
Untuk mengatasinya, sebelum ibu tidur, berikan susu yang mencukupi kepada bayi. Ini dapat membuatkan bayi merasa kenyang dan dapat tidur dengan lebih nyenyak.
Punca Kedua : Sebab punca bayi tidak tidur malam dan cara rawatan
2. Bayi tidak sihat
Bukan hanya kerana lapar, bayi sukar tidur juga mungkin boleh disebabkan oleh keadaan tubuh bayi. Apabila bayi merasa tidak sihat, ia membuatkan badan mereka merasa tidak selesa dan seterusnya menyebabkan bayi akan sukar untuk tidur di malam hari.
Jika ibu mengesyaki bahawa bayi anda tidak sihat disebabkan oleh penyakit atau alahan, perkara yang perlu dilakukan adalah dengan segera membawanya ke hospital. Doktor akan memberikan rawatan yang sesuai supaya masalah untuk kesihatan yang dihadapi oleh bayi ini dapat diselesaikan.
Punca Ketiga : Sebab punca bayi tidak tidur malam dan cara rawatan
3. Tumbuh gigi
Tumbuh gigi untuk pertama kalinya adalah normal bagi bayi yang sedang membesar. Walau bagaimanapun, proses tumbuh gigi agak lama dan menyakitkan terutamanya bagi bayi yang masih kecil.
Antara tanda bahawa bayi sedang tumbuh gigi termasuklah banyak air liur, gusi merah dan bengkak, pipi merah, sukar tidur pada waktu malam tetapi aktif pada waktu siang dan menjadi mudah meragam dan gelisah.
Untuk mengatasi rasa tidak selesa yang dirasakan oleh si kecil, ibu boleh melakukan beberapa cara contohnya seperti memberi mainan gigi, menggosok gusi bayi dengan jari ibu atau kain bersih yang direndam dalam air sejuk dan menyusukan bayi ibu dengan kerap.
Punca Keempat : Sebab punca bayi tidak tidur malam dan cara rawatan
4. Ajak bayi bermain sebelum tidur
Ibu sendiri juga boleh menjadi faktor bayi menjadi sukar tidur pada waktu malam. Apabila ibu mengajaknya bermain pada waktu yang tidak sesuai, ia dapat membuatkan si kecil anda aktif sehingga menyebabkan mereka sukar untuk tidur malam.
Bayi adalah pemerhati yang baik dan sangat mudah terganggu oleh suara atau pergerakan yang menarik perhatian mereka. Oleh itu, jika ibu mahu si kecil tidur pada waktu yang tepat, elakkan daripada mengajaknya bermain sebelum tidur.
Punca Kelima : Sebab punca bayi tidak tidur malam dan cara rawatan
5. Bayi mahu dekat degan ibu
Kadang kala bayi enggan tidur kerana mahu tinggal dekat dengan ibu terutamanya umur si kecil yang masih di awal usia. Bayi boleh berjaga-jaga kerana takut ditinggalkan oleh ibu walaupun sudah tengah malam.
Dalam menangani perkara ini, ibu boleh membawa bayi tidur bersama di dalam bilik, tetapi di tempat yang bebas daripada gangguan. Membawa bayi tidur bersama dapat menjadikannya dekat dengan ibu dan ibu juga boleh menemaninya ketika berehat sehingga dia tertidur dengan sendiri.
Punca Keenam : Sebab punca bayi tidak tidur malam dan cara rawatan
6. Bayi tidak mempunyai pola tidur tetap
Pola tidur adalah jam biologi badan, yang berfungsi mengatur ketika tubuh memerlukan tidur. Berbeza dengan orang dewasa, bayi pada umumnya tidak mempunyai jam biologi, jadi waktu tidur bayi masih belum teratur. Ini menyebabkan bayi tidur nyenyak pada siang hari, tetapi berjaga pada waktu malam.
Sekiranya perkara ini terjadi pada bayi, ia mungkin akan membuatkan ibu sedikit letih kerana tidak cukup tidur akibat berjaga di malam hari. Justeru, untuk menangani masalah ini terjadi, ibu mesti melatih bayi anda tidur dan bangun pada waktu biasa. Ini dapat membantu bayi mendapatkan jam biologi badan mereka lebih cepat sehingga mereka tidak lagi mengalami masalah tidur. Selain itu, elakkan daripada menggunakan lampu di bilik yang sangat terang kerana ini dapat menyukarkan bayi merasa mengantuk.
Punca Ketujuh : Sebab punca bayi tidak tidur malam dan cara rawatan
7. Bayi letih
Usahakan agar bayi tetap aktif pada waktu siang untuk mengurangkan waktu tidur mereka. Ini kerana jika bayi tidur pada waktu siang, mereka biasanya akan terjaga sepanjang malam.
Salah satu perkara yang boleh ibu lakukan ialah dengan mengajak bayi bermain, makan dan minum pada waktu siang agar dia cepat letih. Sementara itu, pada waktu malam, elakkan aktiviti bayi yang terlalu berat sehingga tidak letih.
Jika masalah bayi tidak tidur malam ini kerap dihadapi dan mengganggu bayi, ibu dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor untuk mendapat rawatan yang selanjutnya atau mempunyai masalah lain yang menyebabkan bayi sentiasa mengalami masalah bayi tidak tidur malam.
Semoga perkongsian artikel dan video ringkas di bawah ini dapat membantu ibu mengenai panduan dalam mengetahui punca serta cara merawat masalah bayi tidak tidur malam.