Sebab punca bayi kembung perut serta cara rawatan

Salah satu masalah yang paling biasa dengan bayi yang menyusu adalah kembung perut. Kembung perut bukan hanya dialami oleh orang dewasa sahaja. Apabila bayi mengalami kembung perut, gelembung kecil berkembang di perut atau usus mereka yang kadang-kadang menyebabkan tekanan dan sakit perut. 

Walaupun kembung perut biasanya hanya udara atau gas di dalam perut atau usus, tetapi bagi sesetengah bayi, ia sangat menyakitkan dan terganggu dengan kembung perut mereka. Kembung perut pada bayi juga tidak hanya dialami oleh bayi yang minum susu daripada botol, tetapi ibu yang menyusukan bayi mereka secara langsung di payudara ibu.

Kembung perut pada bayi juga menyebabkan bayi tidak selesa sehingga dia menjadi mudah meragam dan sering menangis tanpa sebab. Secara amnya, kembung perut pada bayi hingga usia 3 bulan adalah perkara semula jadi, kerana saluran sistem pencernaan belum berkembang serta tidak berfungsi dengan baik. Seiring bertambahnya usia, bayi juga mungkin akan mengalami masalah kembung perut kerana mereka mula mencuba makanan yang berbeza untuk pertama kalinya.

Berikut adalah perkara yang perlu diketahui oleh ibu mengenai sebab atau punca serta cara menangani bayi yang mengalami kembung perut.

Punca Pertama : Sebab punca bayi kembung perut dan cara rawatan

  1. Makanan yang dimakan oleh ibu

Punca kembung perut pada bayi yang masih minum susu ibu boleh disebabkan oleh makanan yang dimakan oleh ibu. Jadi ibu perlu memberi perhatian yang lebih daripada segi pemakanan yang ibu makan.

Untuk mengelakkan masalah ini, sebaiknya ibu mengurangkan atau elakkan daripada makan makanan yang akan membentuk gas semasa proses pencernaan seperti kubis, brokoli, bawang atau kentang.

Punca Kedua : Sebab punca bayi kembung perut dan cara rawatan

  1. Bayi tidak tolerans terhadap susu/ Lactose intolerant

Laktosa adalah gula yang ada dalam susu. Banyak bayi tidak dapat menyerap laktosa dengan baik dan menyebabkan bakteria usus mengubah laktosa menjadi gas. Gejala utama yang dapat dilihat pada bayi yang tak tolerans terhadap susu adalah banyak gas, buang air besar dan kembung perut pada bayi.

Saluran pencernaan terganggu juga boleh berlaku ketika bayi mula memakan makanan pejal. Gejala boleh berlaku kerana penyerapan karbohidrat yang tergantung, di mana karbohidrat tidak dicerna sepenuhnya dengan baik. Ini termasuk makanan seperti laktosa dalam susu dan produk tenusu yang diberikan kepada bayi.

Punca Ketiga : Sebab punca bayi kembung perut dan cara rawatan

  1. Gangguan Saluran Pencernaan

Bayi yang diberi susu ibu dan diberi susu formula mungkin menunjukkan gejala gastrik seperti kembung perut  berlebihan dan tidak lawas kerana tak tolerans terhadap susu.

Untuk bayi yang mengambil susu formula misalnya, bayi mungkin mengalami situasi dimana perut bayi masuk angin dan cirit-birit kerana alahan protein yang berada didalam susu. Walaupun jarang berlaku, gejala yang sama boleh terjadi pada bayi yang disusui akibat alergi atau ketidakmampuan bayi untuk bertoleransi terhadap protein daripada susu lembu atau makanan lain yang dipindahkan melalui susu ibu berpunca daripada tabiat pemakanan ibu.

Punca Keempat : Sebab punca bayi batuk berkahak dan cara rawatan

  1. Puting bayi yang tidak sesuai

Sekiranya bayi ibu minum susu formula dari botol bayi, ibu harus lebih berhati-hati dalam memilih puting yang betul dan bersesuaian. Hujung puting yang terlalu kecil akan menyebabkan lebih banyak udara masuk ke perut bayi ibu semasa dia sedang minum susu, dan boleh menyebabkan masalah perut, seperti kembung atau sakit perut. 

Justeru itu, ibu haruslah pandai memilih jenis botol susu yang betul untuk bayi mereka. Terdapat sebilangan botol susu bayi direka khas untuk mengurangkan udara masuk ke dalam mulut bayi yang boleh dibeli oleh ibu di luar sana.

Punca Kelima : Sebab punca bayi kembung perut dan cara rawatan

  1. Sistem Pencernaan Belum Matang

Terdapat sebilangan kecil bayi mungkin mengalami kembung perut dan kesukaran apabila membuang najis kerana ketidakupayaan untuk mencerna salah satu atau lebih protein, karbohidrat seperti gula dan kanji atau lemak yang terdapat dalam susu termasuk formula, jus dan makanan yang lain lagi.

Ini disebabkan oleh kekurangan pengeluaran enzim pencernaan yang diperlukan dan dipercayai berkaitan dengan ketidakcukupan saluran pencernaan bayi.

Punca Keenam : Sebab punca bayi kembung perut dan cara rawatan

  1. Jangkitan Saluran Pencernaan

Masalah kembung perut dan pembuangan najis tidak lawas bayi boleh disebabkan oleh jangkitan gastro-usus yang juga dikenali sebagai gastroenteritis, perut buncit, jangkitan usus atau cirit-birit yang menular dan sering terjadi pada bayi. Jangkitan gastrointestinal boleh disebabkan oleh virus, bakteria, ragi/ kulat atau parasit seperti protozoa, cacing gelang atau cacing pita.

Dalam kes ini, ibu mesti berjumpa doktor sekiranya ibu mula mengesyaki bayi anda mengalami jangkitan gastrousus. Jangan berikan ubat apa pun, termasuk ubat cacing usus (anthelmintik) kepada bayi atau kanak-kanak melainkan jika mendapat saranan secara khusus oleh doktor yang bertauliah.

Punca Ketujuh : Sebab punca bayi kembung perut dan cara rawatan

  1. Pengambilan makanan bayi

Bagi bayi yang telah dibolehkan memakan makanan berbentuk pepejal, jenis makanan tertentu juga antara punca peningkatan risiko bayi mengalami masalah kembung perut. Pengambilan makanan yang baru diperkenalkan kepada bayi boleh menyebabkan gas masuk ke dalam perut.

Pengambilan yang tekstur padat dan jenis makanan baru buat pertama kalinya diberi kepada bayi boleh menyebabkan bayi lebih sensitif sehingga mereka mengalami kembung perut. 

Untuk mengatasi masalah ini, para ibu dinasihatkan untuk elakkan daripada memberi makanan buah-buahan sitrus seperti apricot, pic, pir, plum dan produk tenusu yang boleh menyebabkan masalah kembung perut terjadi kepada bayi ibu.

Semoga perkongsian artikel dan video ringkas di bawah ini dapat membantu ibu mengenai panduan dalam mengetahui punca dan cara merawat masalah bayi kembung perut.

Similar Posts