Sebab Punca Bayi Demam serta cara rawatan

Ibu bapa mesti risau sekiranya bayi mereka mengalami demam yang tidak menentu dalam jangka masa singkat. Ramai di antara ibu muda merasa takut dan tidak mengetahui apa yang perlu dilakukan apabila menghadapi bayi yang mengalami  demam. Oleh itu, ibu bapa harus mengetahui apakah punca yang boleh menyebabkan bayi demam dan bagaimana cara rawatan untuk menangani keadaan ini.

Secara amnya, demam adalah gejala yang sering dialami oleh bayi dan kanak-kanak. Walau bagaimanapun, sebilangan besar kes terutamanya jika bayi itu tidak mempunyai penyakit lain, kenaikan suhu badan hanyalah tanda bahawa sistem kekebalan tubuh bayi melawan jangkitan biasa. Demam sebenarnya adalah tanda positif bahawa sistem imun berfungsi dengan normal. Penyebab demam yang paling biasa pada kanak-kanak adalah jangkitan virus seperti selesema biasa, selsema, batuk selsema dan jangkitan virus lain.

Punca Pertama : Sebab dan punca bayi demam serta cara rawatan

  1. Imunisasi

Selepas diimunisasi, bayi sering mengalami demam. Demam ini adalah demam biasa dan tidak selalu berlaku pada bayi, ia adalah sebahagian daripada kesan sampingan selepas imunisasi. Pada umumnya, ianya terjadi dalam waktu yang singkat sahaja.

Untuk mengatasi masalah ini, perkara yang boleh dilakukan adalah dengan kerap mengukur suhu bayi. Ibu boleh mendapatkan suhu termometer di farmasi  untuk digunakan pada bayi. Suhu normal bagi badan bayi adalah biasanya antara 36.5-37.5 darjah celsius. Sekiranya suhu melebihi di atas suhu normal tersebut itu bermakna bayi ibu demam.

Punca Kedua : Sebab dan punca bayi demam serta cara rawatan

  1. Selsema

Selsema selalunya disebabkan oleh jangkitan, jadi demam adalah salah satu tanda anak mengalami selsema, bersama dengan gejala lain seperti lesu, batuk, sakit tekak berkahak dan sakit perut. Secara amnya, demam akibat selsema cukup tinggi, boleh mencapai 38 darjah Celsius atau lebih.

Cara rawatan yang boleh dilakukan oleh ibu adalah dengan memerhatikan gejala atau tingkah laku bayi ketika mereka demam. Sekiranya demam disertai dengan sakit tekak, kelesuan, sakit perut, atau sakit ketika membuang air kecil, berjumpa dengan doktor anda untuk mengetahui penyebabnya. Demam pada bayi berusia tiga bulan ke bawah, disarankan untuk selalu berjumpa doktor kerana mereka masih sangat berisiko untuk terdedah kepada pelbagai penyakit.

Punca Ketiga : Sebab dan punca bayi demam serta cara rawatan

  1.  Suhu

Apabila suhu terlampau sejuk atau panas, kenaikan suhu badan dapat terjadi  dan menyebabkan bayi demam. Penggunaan penghawa dingin yang bersuhu sangat rendah atau membiarkan bayi terlalu kepanasan haruslah dielakkan.

Perkara yang boleh dilakukan oleh ibu adalah memakaikan bayi mereka dengan pakaian yang nipis, ringan dan selesa. Ini bertujuan supaya bayi tidak merasa kepanasan. Selain itu, penggunaan suhu penghawa dingin haruslah tidak terlalu rendah ataupun tinggi. Jika di rumah anda menggunakan kipas elakkan daripada menghalakannya secara langsung kepada bayi. Cukup sekadar memberi udara yang nyaman kepada bayi ibu.

Punca Keempat : Sebab dan punca bayi demam serta cara rawatan

  1. Tumbuh Gigi

Antara punca yang menyebabkan bayi demam adalah semasa bayi sedang tumbuh gigi, terdapat beberapa tanda yang berlaku ketika bayi menghadapi perkara tersebut. Contohnya seperti bayi mengeluarkan lebih banyak air liur daripada biasa, kesukaran makan dan demam pada amnya tidak tinggi. Bagi orang dewasa seperti kita, mungkin tumbuh gigi adalah tidak menyakitkan, namun perkara seperti proses tumbuh gigi adalah amat menyakitkan kepada bayi yang masih kecil atau baru lahir lahir.

Punca Kelima : Sebab dan punca bayi demam serta cara rawatan

  1. Jangkitan virus 

Jangkitan virus adalah merupakan punca atau penyebab demam yang paling biasa, virus ini menyebabkan banyak penyakit seperti selsema, batuk, selsema, cirit-birit, dan lain-lain, tetapi kadang kala jangkitan virus boleh menyebabkan penyakit yang lebih serius.

Sebagai cara rawatan yang boleh dilakukan oleh ibu adalah dengan memberikan bayi rehat dan tidur yang cukup. Perbanyakkan dalam memberikan cecair seperti susu ibu atau makanan yang berkhasiat bagi bayi yang telah dibolehkan untuk memakan makanan pejal. Jika bayi masih bergejala dan tidak hilang dalam jangka masa yang lama, ibu dinasihatkan untuk membawa bayi ke doktor untuk mendapatkan saranan yang selanjutnya.

Punca Keenam : Sebab dan punca bayi demam serta cara rawatan

  1. Jangkitan bakteria

Ia lebih kurang sama seperti jangkitan virus tetapi juga boleh menyebabkan demam dan biasanya lebih serius. Contoh penyakit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria termasuk radang paru-paru, jangkitan saluran kencing, septicaemia dan meningitis.

Cara rawatan yang boleh dilakukan juga adalah sama seperti jangkitan virus. Ibu haruslah sentiasa memberi perhatian kepada bayi mereka apabila mengalami gejala ini. Biarkan bayi ibu rehat dan tidur yang secukupnya supaya sistem ketahanan imunisasinya bertambah baik untuk melawan jangkitan yang dihadapi oleh bayi. 

Jika masalah bayi demam ini kerap dihadapi dan mengganggu bayi, ibu dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor untuk mendapat rawatan yang selanjutnya atau mempunyai masalah lain yang menyebabkan bayi sentiasa mengalami masalah bayi demam.

Semoga perkongsian artikel dan video ringkas di bawah ini dapat membantu ibu mengenai panduan dalam mengetahui punca serta cara merawat masalah bayi demam.

Similar Posts