Sebab punca bayi batuk dan cara rawatan

Penyebab batuk pada bayi boleh berbeza-beza mengikut persekitaran dan tahap kesihatan bayi. Ada yang tidak berbahaya, ada yang perlu diberi perhatian. Oleh itu, ibu perlu mengetahui apa yang menyebabkan batuk pada bayi dan mengenali batuk jenis apa yang berbahaya, untuk mendapatkan rawatan yang tepat.

Pada dasarnya, batuk adalah reaksi semula jadi tubuh yang berguna untuk menjaga kebersihan saluran pernafasan. Keadaan ini secara amnya ia dapat diatasi secara semulajadi setelah kotoran, kuman, atau virus di saluran pernafasan keluar daripada saluran udara. Justeru itu, artikel ini ditulis bertujuan untuk memberikan panduan kepada ibu-ibu di luar sana berkenaan dengan punca-punca yang menyebabkan terjadinya masalah bayi batuk dan cara rawatannya.

Punca Pertama : Sebab punca bayi batuk dan cara rawatan

  1. Terdedah kepada pencemaran udara seperti habuk, asap rokok.

Salah satu sebab atau punca utama bayi mengalami masalah batuk adalah mungkin kerana selalu terdedah kepada pencemaran udara yang tidak sihat daripada sekelilingnya seperti habuk, asap rokok, asap kenderaan dan banyak lagi. 

Justeru, ibu mestilah sentiasa memberi perhatian kepada bayi ibu bagi mengelakkan mereka terlalu banyak terdedah kepada pencemaran udara yang tidak sihat. Ini kerana risiko bayi untuk mendapat penyakit seperti batuk adalah sangat tinggi sekiranya terdedah pada persekitaran yang tercemar.

Punca Kedua : Sebab punca bayi batuk dan cara rawatan

  1. Alahan yang berpunca daripada habuk persekitaran atau bulu haiwan

Antara faktor yang menyebabkan bayi batuk juga adalah mungkin disebabkan oleh dari habuk persekitaran atau bulu haiwan. Ini kerana pada usia bayi yang masih kecil, mereka mungkin masih belum biasa dengan keadaan sekeliling.

Untuk mengatasi perkara, apa yang boleh dilakukan oleh ibu-ibu di luar sana adalah dengan sentiasa membersihkan kawasan terutamanya di sekeliling bayi. Jauhkan juga bayi ibu daripada haiwan-haiwan peliharaan di rumah bagi mengelakkan bulu haiwan tersebut kerana ia juga merupakan faktor penyebab bayi batuk terjadi.

Punca Ketiga : Sebab punca bayi batuk dan cara rawatan

  1. Musim atau cuaca yang terlampau panas dan terlampau sejuk

Apabila bayi batuk, cuaca yang terlampau panas atau sejuk  juga boleh menjadi punca. Justeru itu, ibu haruslah mengelakkan bayi anda dari terkena panas atau cahaya matahari yang melampau. Penggunaan penghawa dingin juga mestilah menggunakan suhu dalam yang tidak terlampau tinggi atau rendah. Bagi ibu yang menggunakan kipas di rumah, elakkan daripada menghalakan secara langsung kepada bayi, cukup berikan bayi ibu udara yang nyaman sahaja.

Punca Keempat : Sebab punca bayi batuk dan cara rawatan

  1. Sistem imunisasi

Batuk pada bayi di awal usia biasanya disebabkan oleh yang masih lemah menyebabkan penyakit seperti selsema atau batuk. Bayi terdedah kepada batuk akibat selsema kerana sistem imunnya belum terbentuk sepenuhnya sehingga mereka terdedah kepada jangkitan.

Cara rawatan yang boleh dilakukan oleh ibu adalah memberikan bayi rehat dan tidur yang secukupnya. Elakkan bayi anda daripada terlalu aktif. Ianya bertujuan untuk memastikan bayi dapat meningkatkan kembali sistem ketahanan imunisasi untuk melawan penyakit yang dihidapi. 

Punca Kelima : Sebab punca bayi batuk dan cara rawatan

  1. Jangkitan virus 

Jangkitan virus juga adalah merupakan punca atau penyebab demam yang paling biasa. Keadaan ini menyebabkan banyak penyakit seperti selsema, batuk, cirit-birit, dan lain-lain. 

Cara rawatan yang sama boleh dilakukan oleh ibu iaitu dengan memastikan bayi rehat dan tidur yang cukup. Ibu boleh meperbanyakkan dalam memberikan cecair seperti susu ibu atau makanan yang berkhasiat bagi bayi yang telah dibolehkan untuk memakan makanan pejal. 

Jika masalah bayi batuk ini kerap dihadapi dan mengganggu bayi, ibu dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor untuk mendapat rawatan yang selanjutnya atau mempunyai masalah lain yang menyebabkan bayi sentiasa mengalami masalah bayi batuk.

Semoga perkongsian artikel dan video ringkas di bawah ini dapat membantu ibu mengenai panduan dalam mengetahui punca serta cara merawat masalah bayi batuk.

Similar Posts