Sebab punca bayi batuk berkahak dan cara rawatan
Batuk berkahak menyebabkan bayi ibu sering meragam dan menangis kerana merasa tidak selesa akan keadaan tersebut. Batuk berkahak adalah satu pertahanan badan bayi untuk membuang benda asing di saluran pernafasan bayi. Walau bagaimanapun, batuk berkahak juga boleh menjadi gejala keradangan saluran udara. Tidak seperti batuk yang berlaku pada kanak-kanak dan orang dewasa, batuk berkahak pada bayi haruslah diberi perhatian oleh ibu.
Justeru, artikel ini ditulis bertujuan untuk berkongsi dengan para ibu di luar sana apakah punca dan rawatan yang perlu diketahui untuk bayi yang mengalami masalah batuk berkahak ini.
Punca Pertama : Sebab punca bayi batuk berkahak dan cara rawatan
- Bronkiolitis
Bronkiolitis menyebabkan bayi batuk berkahak. Penyakit ini biasanya muncul selepas selesema. Sebilangan besar kes bronkiolitis pada bayi di bawah umur 1 tahun disebabkan oleh virus syncytial pernafasan (RSV). Bronkiolitis biasanya berlaku ketika udara sejuk, dan disertai dengan gejala, seperti demam dan kehilangan selera makan. Ini adalah batuk pada bayi yang perlu diperhatikan.
Untuk merawat bronkiolitis, ibu boleh memberi bayi banyak cecair seperti susuan ibu atau air putih bagi ibu yang mempunyai bayi berusia lebih dari setahun.
Punca Kedua : Sebab punca bayi batuk berkahak dan cara rawatan
- Pencemaran persekitaran
Bayi yang menyedut sesuatu seperti asap rokok, udara kotor, bahan kimia, atau bahan yang boleh memberi rengsa, boleh menyebabkan batuk pada bayi. Ini boleh merengsakan saluran pernafasan bayi seterusnya menyebabkan kahak berlebihan. Bukan itu sahaja, terdapat juga gejala lain yang mungkin timbul seperti batuk berterusan, sesak nafas, atau kulit pucat.
Untuk mengatasi keadaan ini, sebaik-baiknya ibu haruslah menjauhkan bayi daripada perkara-perkara yang mengakibatkan batuk bayi semakin memburuk, baik daripada asap rokok ataupun pencemaran udara.
Punca Ketiga : Sebab punca bayi batuk berkahak dan cara rawatan
- Pneumonia
Pneumonia adalah jangkitan paru-paru yang berbahaya bagi bayi. Penyakit ini disebabkan oleh virus atau bakteria seperti selesema biasa. Bayi dengan keadaan ini mungkin mengalami gejala, seperti batuk berterusan, keletihan, dan batuk disertai dengan kahak hijau atau kuning. Selain itu, bayi juga boleh mengalami demam, mulai daripada demam yang ringan hingga demam yang teruk. Seperti bronkiolitis, ini juga batuk pada bayi yang harus diperhatikan.
Cara mengatasi radang paru-paru bergantung kepada penyebabnya, iaitu virus atau bakteria. Oleh itu, jika gejala muncul pada bayi anda, segera berjumpa doktor untuk mengetahui penyebabnya dan menentukan rawatannya. Pneumonia yang disebabkan oleh bakteria biasanya lebih berbahaya.
Punca Keempat : Sebab punca bayi batuk berkahak dan cara rawatan
- Jangkitan Bakteria dan Virus
Bakteria dan Virus kadang-kadang boleh menjangkiti saluran pernafasan bawah dan menyebabkan kerengsaan serta batuk berkahak pada bayi. Tetapi ibu tidak perlu risau jika bayi mengalami masalah seperti ini dalam tempoh yang singkat kerana ianya adalah normal bagi bayi dan tidak memerlukan rawatan khas dan sembuh dengan sendirinya.
Akan tetapi masalah ini agak sukar untuk ibu ketahui, oleh itu jika bayi ibu mengalami batuk berkahak yang tidak hilang selama berminggu-minggu, segeralah berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya.
Punca Kelima : Sebab punca bayi batuk berkahak dan cara rawatan
- Asma
Asma jarang berlaku pada bayi di bawah usia 2 tahun, kecuali terdapat keturunan daripada keluarga menghidap asma. Penyempitan saluran udara yang berlaku pada asma, boleh menyebabkan gejala seperti batuk berkahak, hidung tersumbat, mata gatal serta berair. Tetapi, jika bayi belum menerima diagnosis asma oleh doktor, keadaan ini juga boleh disebut sebagai penyakit saluran udara reaktif.
Untuk mengatasi masalah ini, segera bawa bayi berjumpa dengan doktor. Doktor biasanya akan menggunakan ubat asma untuk gejala bayi, terutamanya batuk. Doktor juga mungkin menetapkan ubat asma cair atau menyedut untuk membuka saluran udara bayi. Selain itu, ibu juga harus memperhatikan kadar pernafasan bayi kerana dikhuatiri bayi mengalami sesak nafas.
Punca Keenam : Sebab punca bayi batuk berkahak dan cara rawatan
- Penyakit Hidung dan Sinus
Terdapat titisan postnasal, iaitu lendir yang keluar daripada hidung ke kerongkong bayi dan keadaan ini disebabkan oleh rinitis atau jangkitan sinus (sinusitis). Salah satu akibat daripada perkara ini adalah batuk berterusan atau batuk yang kronik pada bayi.
Cara rawatan yang boleh ibu praktikkan adalah dengan menyusukan bayi ibu sekerap mungkin sehingga tekak bayi terasa selesa dan sistem imunisasi bayi lebih kuat. Sementara itu, jika ibu mempunyai bayi yang berumur lebih 1 tahun, ibu boleh memberikannya sedikit madu sebelum tidur untuk memberi kelegaan pada tekaknya. Melalui cara ini, tubuh badan bayi sedikit sebanyak dapat melawan sebarang jangkitan yang ada.
Punca Ketujuh : Sebab punca bayi batuk berkahak dan cara rawatan
- Batuk rejan
Batuk rejan adalah jangkitan bakteria yang membuat paru-paru dan saluran pernafasan meradang. Batuk ini juga dapat menjangkiti saluran pernafasan, menyebabkan batuk yang teruk dan berterusan pada bayi. Bayi dengan batuk rejan akan mengalami simptom seperti hidung berair, batuk dengan kahak, bersin, demam, batuk selama 20-30 saat tanpa berhenti dan mungkin memuntahkan kahak yang tebal.
Untuk merawat bayi yang mengalami batuk rejan, ibu harus membawanya kepada doktor yang diiktiraf. Penyakit ini boleh menjadi sangat berbahaya bagi bayi di bawah usia 1 tahun kerana komplikasi ini boleh menyebabkan kematian.
Semoga perkongsian artikel dan video ringkas di bawah ini dapat membantu ibu mengenai panduan dalam mengetahui punca dan cara merawat masalah bayi batuk berkahak.