Sebab dan punca bayi selsema serta cara rawatan
Selsema adalah keadaan yang berlaku apabila hidung tersumbat atau berair. Umumnya keadaan ini disebabkan oleh jangkitan pada saluran pernafasan atau alahan terutamanya pada hidung dan boleh mengganggu aktiviti harian penghidapnya terutamanya bagi mereka yang mempunyai anak kecil yang masih bayi.
Bayi mudah diserang selsema kerana sistem imunisasinya tidak bersedia untuk melawan kuman. Sebenarnya bayi dilahirkan dengan sistem kekebalan tubuh terhadap penyakit, tetapi memerlukan masa untuk sistem imun mereka menjadi matang sepenuhnya.
Terdapat dua jenis selsema, iaitu hidung berair dan selsema yang tersumbat atau biasa disebut hidung tersumbat. Oleh itu, ibu harus mengetahui apa selesema yang dialami oleh bayi anda terlebih dahulu sehingga cara mengatasi selesema pada bayi adalah cara yang tepat untuk mengatasinya. Untuk mengetahui cara rawatan selesema pada bayi, ibu juga perlu mengetahui apakah punca yang menyebabkan selesema pada bayi.
Punca Pertama : Sebab dan punca bayi selsema serta cara rawatan
- Ketahanan badan bayi
Antara salah satu faktor utama bayi selsema dan mudah diserang penyakit adalah kerana sistem ketahanan badannya tidak sempurna seperti orang dewasa. Virus yang menyebabkan influenza dapat merebak melalui udara menyebabkan bayi mudah terkena penyakit seperti selsema.
Antara langkah yang boleh dilakukan oleh ibu supaya dapat meningkatkan ketahanan imunisasi bayi adalah dengan memastikan bayi sentiasa mendapat rehat yang cukup. Pastikan bayi dapat tidur yang mencukupi serta elakkan bayi terlalu aktif dan banyak bergerak supaya sistem imunisasi badan lebih meningkat.
Punca Kedua: Sebab dan punca bayi selsema serta cara rawatan
2. Alergi dan bakteria
Selain virus, selsema juga boleh disebabkan oleh alergi dan bakteria. Untuk selsema yang disebabkan oleh bakteria, biasanya ia adalah selsema yang tidak sembuh lebih dari tujuh hari.
Cara untuk mengatasi selesema pada bayi yang dapat ibu lakukan adalah dengan memberi susu ibu kepada bayi dan pengambilan makanan yang sihat dan berkhasiat. Ibu juga boleh menyediakan makanan tambahan seperti vitamin dan mineral untuk membantu menjaga kekebalan tubuh bayi tetapi haruslah diingatkan bahawa sebarang pengambilan tersebut mesti di bawah saranan doktor sahaja. Ianya adalah bertujuan supaya dapat mencegah selsema pada masa akan datang.
Punca Ketiga: Sebab dan punca bayi selsema serta cara rawatan
3. Jangkitan daripada orang sekeliling
Selain itu, bayi mendapat penyakit selsema juga mungkin berpunca daripada jangkitan dari orang sekelilingnya seperti ahli keluarga atau mungkin dijangkiti dari rakan sebaya ketika mereka berada tempat asuhan kanak-kanak, sekolah dan pelbagai lagi. Ketika dipegang atau dicium oleh orang yang menghidap selsema boleh menjadi salah satu faktor kepada penyakit selsema pada bayi.
Ada kemungkinan juga bayi mendapat selsema daripada orang dewasa walaupun tanpa hubungan langsung, misalnya ketika melakukan perjalanan dari hospital, melewati orang dewasa yang bergejala dengan mudah dapat membuat bayi ibu dijangkiti virus yang menyebabkan selesema.
Cara yang boleh dilakukan oleh ibu untuk mengelakkan bayi mendapat jangkitan selsema adalah sentiasa memantau bayi mereka dengan keadaan sekitarnya. Elakkan daripada memberi ahli keluarga atau orang sekeliling yang bergejala memegang mahupun mencium bayi anda. Ibu juga haruslah memastikan sentiasa membasuh tangan terlebih dahulu sebelum memegang atau melakukan aktiviti bersama bayi anda.
Punca Keempat: Sebab dan punca bayi selsema serta cara rawatan
4. Musim
Musim seperti hujan juga boleh meningkatkan jangkitan seperti selsema pada bayi. Pada musim ini, bayi mungkin mengalami penyakit seperti selsema lebih kerap. Bayi boleh mengalami selesema hingga 9 kali setiap tahun berbanding dengan orang dewasa yan diserang batuk 2-4 kali setahun.
Cara mengelakkan selsema pada bayi di musim seperti ini adalah ibu perlu mengelakkan bayi daripada terkena air hujan. Sewaktu musim hujan, sudah tentu banyak lopak air yang bertakung kotor seperti di longkang atau di lubang jalan dan sebagainya. Oleh itu, ibu haruslah menjauhkan bayi anda mendekati dan bermain di kawasan ini. Ini disebabkan lopak air tersebut mempunyai pelbagai kuman serta bakteria yang boleh menyebabkan bayi mendapat jangkitan penyakit.
Punca Kelima: Sebab dan punca bayi selsema serta cara rawatan
5. Persekitaran
Di samping itu, bayi juga boleh mendapat jangkitan penyakit seperti selsema disebabkan oleh persekitaran yang kotor dan tercemar. Sebagai contoh, permukaan mainan yang telah dicemari oleh virus dan bakteria menyebabkan jangkitan penyakit mudah terkena apabila disentuh oleh bayi.
Justeru itu, ibu haruslah sentiasa mencuci dan membersih dengan kerap mainan yang selalu digunakan oleh bayi. Ianya adalah sebagai langkah untuk mengelakkan pengumpulan bakteria pada mainan tersebut seterusnya bagi mencegah jangkitan penyakit berlaku pada bayi.
Namun, jika masalah selsema ini kerap dihadapi dan mengganggu bayi, ibu dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor untuk mendapat rawatan yang selanjutnya atau mempunyai masalah lain yang menyebabkan bayi sentiasa mengalami masalah selsema.
Semoga perkongsian artikel ini dapat membantu ibu mengenai panduan dalam mengetahui punca dan cara merawat masalah bayi selsema.