Sebab dan punca bayi selsema batuk serta cara rawatan
Selsema dan batuk biasa disebabkan oleh jangkitan virus hidung, tekak dan sinus. Bayi boleh mengalami selsema dan batuk lebih kerap daripada kanak-kanak dan orang dewasa yang lebih tua kerana bayi tidak mempunyai sistem imunisasi yang kuat. Bayi masih belum membina kekebalan terhadap lebih daripada 100 virus yang berlainan yang menyebabkan selsema batuk.
Masalah ini mungkin sangat membimbangkan ibu, terutamanya ibu yang tiada pengalaman dalam menguruskan selsema batuk yang dialami oleh bayi baru lahir. Justeru, ibu haruslah mengetahui punca terjadinya selsema dan batuk pada bayi yang mengalaminya.
Punca Pertama : Sebab dan punca bayi selsema batuk serta cara rawatan
- Persekitaran bayi
Persekitaran bayi yang tercemar, kotor dan berhabuk menyebabkan bayi mudah terkena penyakit seperti selsema dan batuk.
Jadi sebagai ibu haruslah sentiasa membersih dan memastikan persekitaran bebas habuk agar dapat mengelakkan masalah batuk dan selsema berulang pada bayi mereka. Kebersihan di rumah mestilah dititikberatkan terutamanya jika bayi tersebut mempunyai sejarah alergi tertentu.
Punca Kedua: Sebab dan punca bayi selsema batuk serta cara rawatan
2. Jangkitan daripada orang sekeliling
Bayi boleh terkena batuk dan selsema kerana dijangkiti daripada orang di sekitarnya seperti saudara, ibu bapa, ahli keluarga, rakan, dan lain-lain. Bayi yang sering bermain dan bergaul dengan bayi atau kanak-kanak yang lain juga lebih kerap mengalami batuk dan selsema.
Ini kerana sudah menjadi kebiasaan bagi bayi dan anak-anak kecil tidak menutup mulut ketika batuk atau bersin dan ianya akan memudahkan kuman merebak ke rakan lain. Di samping itu, bayi dan anak-anak kecil juga sering memegang hidung dan mulut, kemudian memegang objek di sekelilingnya dan menyebabkan virus dan kuman dapat tersebar lebih banyak.
Cara yang boleh dilakukan oleh ibu adalah dengan sentiasa memantau pergerakan bayi mereka bagi mengelakkan jangkitan penyakit dengan orang lain berlaku.
Punca Ketiga: Sebab dan punca bayi selsema batuk serta cara rawatan
3. Imunisasi yang lemah
Bayi yang masih kecil mempunyai imunisasi yang lemah dan sukar untuk melawan bakteria dan virus. Disebabkan itu mereka lebih kerap mengalami penyakit berbanding orang dewasa.
Cara rawatan yang boleh ibu-ibu lakukan adalah sentiasa memastikan bayi mereka mendapat rehat yang cukup. Ianya bertujuan supaya dapat memberi proses penyembuhan pada tubuh badan bayi yang masih lemah sistem imunisasinya.
Punca Keempat: Sebab dan punca bayi selsema batuk serta cara rawatan
4. Alahan
Bayi yang mempunyai alahan atau alergi mempunyai risiko lebih tinggi mendapat penyakit berbanding dengan yang lain.
Cara seterusnya yang boleh dilakukan oleh ibu adalah dengan memperbanyakkan dalam memberi cecair seperti susu ibu. Susu ibu merupakan satu makanan yang efektif untuk membantu proses penyembuhan penyakit dan daya tahan pada bayi.
Bagi ibu yang mempunyai bayi dan anak kecil berumur 1 tahun ke atas pula, ibu boleh memberikan makanan yang berkhasiat tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran supaya dapat meningkatkan lagi daya tahan tubuh badan bayi mereka.
Namun, jika masalah selsema batuk ini kerap dihadapi dan mengganggu bayi, ibu dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor untuk mendapat rawatan yang selanjutnya atau mempunyai masalah lain yang menyebabkan bayi sentiasa mengalami masalah selsema.
Semoga perkongsian artikel dan video ringkas di bawah ini dapat membantu ibu mengenai panduan dalam mengetahui punca dan cara merawat masalah bayi selsema batuk.