Ramai ibu bapa (terutamanya yang baru menerima kehadiran cahaya mata) sering bimbang memikirkan kesihatan bayi comel masing-masing. Dijaga serapi apa pun, ada bayi yang sangat mudah dijangkiti selsema, batuk, demam dan kembung perut.
Ibu bapa perlu tahu bahawa bayi di bawah usia 2 tahun memang mudah terkena selsema, batuk dan demam. Manakala masalah kembung perut berlaku lazimnya dari beberapa minggu kelahiran sehingga bayi berusia 3 atau 4 bulan.
Ketahui Apakah Punca-Punca Yang Menyebabkan Bayi Mudah Diserang Penyakit-Penyakit Ini
🔸 SELSEMA
Daripada laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), bayi mendapat selsema akibat jangkitan virus pada saluran pernafasan di kawasan hidung. Menurut pegawai perubatan Doktor Mohd Hanafi Abdull Habir, “Paru-paru kanak-kanak di bawah usia 2 tahun masih lemah dan disebabkan itu, mereka golongan paling mudah dijangkiti virus. Hampir 90 peratus bayi dibawa ke hospital dan klinik kerana mendapat jangkitan virus yang mengakibatkan gejala selsema.”
Lebih membimbangkan sekiranya gejala selsema yang dialami oleh bayi menyebabkan mereka menjadi lemah, sukar bernafas akibat hingus yang banyak atau tidak mahu menyusu. Hal ini boleh membuatkan mereka meragam setiap masa seterusnya mengakibatkan ibu bapa mengalami tekanan kerana terpaksa berjaga sepanjang malam.
Gejala selsema selalunya akan reda selepas 3 hingga 10 hari. Bagi bayi yang masih di awal usia, mungkin gejala selsema berlarutan sehingga tempoh 2 minggu.
🔸BATUK
Lazimnya batuk terjadi seiring dengan selsema. Namun begitu, ada sesetengah keadaan bayi hanya mengalami batuk pada sesuatu masa. Hal ini berlaku disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Jangkitan bakteria jenis Bordetella Pertunis menyebabkan bayi mengalami batuk selama berhari-hari. Kadangkala ia boleh melarat hingga berbulan-bulan. Jika ini berlaku, salur pernafasan bayi mungkin akan mengalami iritasi.
- Jangkitan virus pernafasan (RSV) yang mengakibatkan salur udara dalam paru-paru menjadi kecil.
- Jangkitan pada cairan (sinus) dalam saluran dari hidung ke kerongkong yang disebabkan oleh bakteria.
- Bayi alah atau alergi dengan debu, habuk atau haiwan berbulu seperti kucing, arnab dan hamster.
🔸DEMAM
Selsema yang agak teruk boleh menyebabkan bayi mengalami demam. Selain itu, beberapa hal lain yang boleh menjadi punca bayi mendapat demam adalah:
- flu – Suatu keadaan di mana anak mengalami salah satu atau lebih daripada tanda-tanda seperti hidung berair, suhu badan naik mendadak sehingga 38 darjah celcius atau lebih tinggi, keletihan, batuk, muntah-muntah atau cirit-birit.
- krup – Merupakan penyakit jangkitan virus yang menyerang bahagian larinks (kotak suara) dan saluran trakea. Virus ini menyebabkan kesukaran bernafas akibat daripada bengkak yang terjadi pada saluran pernafasan. Krup biasanya menyerang bayi berusia di antara 6 bulan sehingga 3 tahun.
- jangkitan telinga – Ia mungkin menyebabkan demam pada hari ketiga atau kelima bayi mendapat jangkitan. Kebanyakannya berlaku pada bayi berusia 6 hingga 18 bulan.
- jangkitan pada salur kencing – Terjadi apabila bakteria pada kulit di bahagian kemaluan (punggung dan genital) masuk ke dalam salur kencing anak-anak. Bakteria ini boleh menyebabkan radang di mana-mana bahagian dalam salur tersebut.
- virus yang mengakibatkan ruam seperti roseola, cacar air dan penyakit kaki,tangan dan mulut.
🔸 KEMBUNG PERUT
Setiap ibu bapa mungkin pernah merasa pengalaman bayi kembung perut. Malah boleh dikatakan setiap bakal ibu bapa mempunyai kemungkinan mendapat bayi dengan masalah kembung perut.
Sebab terjadinya kembung perut di kalangan bayi masih tidak dapat dipastikan secara tepat. Namun, secara umumnya para doktor dan pengamal perubatan bersetuju bahawa bayi mungkin terkena kembung perut disebabkan oleh:
- Sistem pencernaan yang belum berfungsi dengan baik.
- Alahan terhadap protein susu formula (ada bayi tak boleh minum susu lembu, perlu ditukarkan kepada susu berasaskan soya).
- Lekapan tidak betul sewaktu bayi menyusu susu ibu menyebabkan angin masuk ke perut bayi.
- Bayi tidak disendawakan dengan betul selepas habis menyusu.
- Ibu menyusu tidak mengamalkan pemakanan yang sesuai atau makan makanan pencetus kembung perut seperti kubis, brokoli, kekacang dan bahan tenusu.
Penyelesaian Bagi Masalah Selsema, Batuk, Demam dan Kembung Perut Bayi
Runsing bila bayi comel diserang penyakit-penyakit macam ni. Tak boleh tidur malam dibuatnya. Silap haribulan, ibu ayah yang bergaduh sebab tak cukup tidur. Aduhhh~
Tapiiiiiii, tenang dulu ibu ayah semua!
Sekarang ibu ayah tak perlu gelisah memikirkan apa nak buat. Tak perlu pening-pening nak sediakan ubat berasingan untuk setiap masalah di atas. Lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ni.
Kini dengan SIMPLIRUB yang dirumus khusus untuk bayi dan kanak-kanak, ibu ayah boleh tersenyum lega. Satu bekas balsam dengan haruman lavender ni dah cukup untuk bantu ibu ayah melegakan ketidakselesaan bayi kesayangan.
Balsam istimewa ini mengandungi:
🌱 Pati peppermint – berfungsi untuk beri kesegaran kepada bayi.
🌱 Pati eucalyptus – ramuan yang baik untuk mencegah dan melegakan gangguan pernafasan seperti asma, bronkitis dan pneumonia, serta dapat melegakan sakit kepala.
🌱 Pati lavender – haruman yang dihasilkan memberi rasa tenang kepada bayi, malah dipercayai dapat mempercepatkan proses penyembuhan selsema, batuk dan asma bayi.
🌱 Jeli petroleum – bahan pelembap yang baik untuk mengelakkan iritasi pada kulit bayi.
Ramai yang cuba balsam SimpliRub ni. Ini kata mereka:
“Suka betul dengn balsam ni! Bayi poo poo 3 kali, banyak kahak keluar. Bersin dan batuk pun banyak keluar kahak. Sedap lagi baunya!”
“Guna dua hari jer, dah kering selsema baby. Anak sorang lagi pun suka letak kat hidung dia. Tak pedih, bau pun wangi.”
“Bukan takat selsema dan demam jer elok. Anak nombor dua saya tidur berdengkur. Lepas sapu SimpliRub, dah tak berdengkur.”
Haa, macam mana ibu ayah?
Balsam Simplirub bukan sahaja bantu melegakan selsema, batuk, demam dan kembung perut bayi. Malah bantu JIMATKAN kos penyediaan barang penjagaan bayi juga.
Hanya SATU tube, cukup untuk semua masalah yang sering menggangu bayi kita. Jika ini adalah apa yang ibu ayah mahukan, segera dapatkan balsam SimpliRub SEKARANG.