Bolehlah duduk luangkan masa dengan anak-anak. Masa musim-musim cuti sesuai sangat nak buat aktiviti bersama. Selain rapatkan bonding kekeluargaan, kita juga dapat belajar banyak perkara (bukan anak-anak saja yang boleh belajar tau).

Apa yang ibu bapa dapat belajar?

  1. Rangsang Kreativiti
    Meluangkan masa dengan anak-anak bukanlah sekadar bermain kosong. Ibu bapa perlu kreatif untuk menjadikan sesi tersebut menjadi bermakna dan menyeronokkan.

  2. Latih Kesabaran
    Melayan kerenah anak-anak ada masanya memang agak memenatkan. Di sinilah kita belajar melatih diri untuk lebih sabar. Ketika membuat aktiviti bersama, kita perlu sabar menjawab soalan yang di luar jangkaan. Ada anak yang akan bertanya berkali-kali sehinggalah mereka puas hati dengan jawapan yang kita beri. Memang kena sabar banyak.

  3. Didik Diri Supaya Tidak Putus Asa
    Tengok anak-anak kita. Bila belajar berjalan atau naik basikal, mereka terjatuh berkali-kali. Namun, mereka tetap bangkit dan mula sekali lagi. Kan? Inilah pembelajaran berharga yang kita sebagai ibu bapa perlu semat dalam hati. Terus usaha dan jangan sesekali berputus asa.

  4. Pegang Pada Janji
    Ini juga pembelajaran bermakna yang kita patut ingat selalu. Anak-anak akan sentiasa ingat pada janji yang kita buat. Andai kita kata,”Abang kemas permainan ni, nanti kita pergi jalan dekat taman”. Anak pasti akan menagih janji yang kita beri.

Sekiranya kita mengabaikan janji tersebut, anak akan simpan dalam minda bahawa apa yang diucap tidak semestinya perlu dibuat. Jadi, sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa latih diri untuk berpegang pada janji.

Similar Posts