Ikhtiar : Doa Bayi Selsema Batuk Sahih Dalam Islam Yang Boleh Diamalkan.
Pada kebiasaannya, bayi menangis disebabkan rasa tidak selesa kerana mungkin bayi tersebut mengalami masalah selsema batuk.
Bagaimana caranya untuk merawat bayi selsema batuk?
Artikel ini bertujuan untuk memberi panduan atau cara yang boleh terus dilakukan oleh para ibu di rumah.
Selsema dan batuk sebenarnya adalah mekanisma pertahanan tubuh apabila bakteria penyebab jangkitan menyerang pada badan bayi.
Cara tubuh bayi melawannya adalah dengan mengusir bakteria melalui saluran pernafasan, dan ianya merupakan cara yang semula jadi.
Batuk dan selsema juga boleh disebabkan oleh alahan. Batuk dan selsema terjadi kerana bakteria dan alahan. Ia dapat dibezakan dengan warna lendir atau bunyi batuk.
Walaupun terdapat banyak ubat batuk dan selsema dijual untuk bayi, ibu tidak boleh memberikan ubat tersebut dengan sesuka hati.
Ubat-ubatan mesti diberikan dengan dos yang tepat mengikut usia, berat badan, keadaan bayi serta saranan doktor. Ibu juga harus bijak membezakan jenis batuk dan selsema yang dialami bayi.
Apakah doa bayi selsema batuk sahih dalam Islam yang boleh diamalkan?
Artikel ini bertujuan untuk berkongsi doa yang boleh terus dibaca oleh para ibu di rumah.
Berikut adalah perkongsian doa yang boleh ibu baca di rumah ketika menghadapi masalah bayi selsema batuk.
Bacaan Pertama : Doa Bayi Selsema Batuk Sahih Dalam Islam Yang Boleh Diamalkan
Al-Fatihah
Selain dikenali sebagai ummu Al-Quran, Al-Fatihah juga dibacakan sebagai ikhtiar perubatan dalam islam. Terdapat banyak kelebihan dengan membaca Al-Fatihah dan salah satu kelebihan yang ada ialah digunakan sebagai penawar atau doa dalam perawatan.
Al-Fatihah
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
Maksudnya: Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Bacaan kedua : Doa Bayi Selsema Batuk Sahih Dalam Islam Yang Boleh Diamalkan
Selawat Syifa’
Sebaik2 bacaan sebelum memulakan doa adalah dengan mendahulukan selawat ke atas junjungan nabi Muhammmad SAW. Boleh mulakan dengan selawat yang biasa dibaca
Selawat Syifa’
أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، طِبِّ الْقُلُوْبِ وَدَوَائِهَا، وَعَافِيَةِ الأَبْدَانِ وَشِفَائِهَا، وَنُوْرِ الأَبْصَارِ وَضِيَائِهَا، وَعَلَى آَلِهِ وَصَحْبِهِ وَبَارِكْ وَسَلِّمْ
Maksudnya: Ya Allah, berilah rahmat ke atas junjungan kami, nabi Muhammad SAW yang berkat berselawat ke atas baginda, akan merawati hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan ke atas keluarga dan sahabat baginda.
Bacaan ketiga : Doa Bayi Selsema Batuk Sahih Dalam Islam Yang Boleh Diamalkan
Penghilang Kesakitan dan Batuk
بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ
أَعُوذُ بِعِزَّةِ اللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ
Maksudnya: Dengan nama Allah Aku berlindung dengan kemuliaan Allah dan kekuasaan-Nya daripada kejahatan yang aku alami dan aku takuti.
Bacaan keempat : Doa Bayi Selsema Batuk Sahih Dalam Islam Yang Boleh Diamalkan
Doa Penyejuk
Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Anas Ibn Malik RA:
Rasulullah SAW bertemu dengan Aisyah RA yang sedang kesakitan kerana demam, lalu baginda bertanya, “Kenapa dengan dirimu?” Jawab Aisyah, “Demi ayah dan ibuku demamlah yang menjadikan aku begini”. Nabi SAW bersabda, “janganlah engkau sumpah ia ( demam) kerana ia hanya mengikut perintah tetapi kalau mahu aku ajarkan kamu beberapa perkataan yang apabila engkau baca Allah SWT akan menghilangkan demam itu daripadamu”. Aisyah berkata, “Ajarkan aku”. Rasulullah SAW bersabda, “Katakanla (doa di bawah)”. Maka Aisyah membaca doa tersebut dan sembuhlah dia.
اللَّهُمَّ ارْحَمْ جِلْدَهُ الرَّقِيقَ ،
وَعَظْمَهُ الدَّقِيقَ، وَ عِرْقَهُ الصَّغِيرَ، مِنْ شِدَّةِ الْحَرِيقِ،
ياَ أُمَّ مِلْدَمٍ ، إِنْ كُنْتِ ءامَنْتِ بِاللَّهِ الْعَظِيمِ،
فَلاَ تُصَدِّعِى الرَّأْسَ، وَلاَتُنْتِنِي الْفَمَ ، وَلاَتَشْرَبِي الدَّمَ ،
وَتَحَوَّلِي عَنْهُ إِلَى مَنِ اتَّخَذَ مَعَ اللَّهِ إِ لَهًا ءَاخَر.
Maksudnya: Ya Allah, ,Kasihanilah kulit aku yang lembut dan tulang aku yang halus daripada terlalu panas. Wahai Ummi Mildam, jikalau engkau sesungguhnya beriman dengan Allah yang Maha Agung, maka janganlah kau sakiti kepala dan janganlah kau makan daging, dan janganlah kau minum darah. Berpindahlah dariku kepada orang yang menyekutukan Allah dengan tuhan yang lain.
Bacaan kelima : Doa Bayi Selsema Batuk Sahih Dalam Islam Yang Boleh Diamalkan
Doa-doa dibaca sebagai salah satu amalan berterusan dalam usaha memohon penyembuhan daripada Allah SWT. Doa boleh juga dibaca pada air yang boleh diminum atau dibuat sebagai air mandian.
أَعُوْذُ بِعِزَّةِ اللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَاْ أَجِدُ وَأُحَاْذِرُ
A’uzu biizzatillahi wa qudratihi min sharri maa ajjidu wa’uhaziru
Maksudnya: Aku berlindung dengan kemuliaan Allah dan kekuasaanNya daripada kejahatan yang aku alami dan aku takuti.
Bacaan keenam : Doa Bayi Selsema Batuk Sahih Dalam Islam Yang Boleh Diamalkan
Doa Ibu
Doa seorang ibu untuk anaknya akan membawa keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Buktinya, dalam Quran tercatat doa-doa dari waita-wanita solehah seperti doa Asiyah yang memohon sebuah istana untuknya di syurga.
Doa merupakan senjata buat orang-orang yang beriman dan ia merupakan salah satu ibadah yang amat istimewa kerana ia menghubungkan secara terus seseorang hamba itu dengan Penciptanya iaitu Allah SWT.
ثَلَاثُ دَعَوَاتٍ يُسْتَجَابُ لَهُنَّ، لَا شَكَّ فِيهِنَّ: دَعْوَةُ الْمَظْلُومِ، وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ، وَدَعْوَةُ الْوَالِدِ لِوَلَدِهِ
Maksudnya: “Tiga doa yang mustajab dengan tidak syak lagi padanya: Doa seorang yang dizalimi, doa seorang yang bemusafir dan doa ibubapa kepada anaknya.
Riwayat Ibn Majah
Cadangan Doa Ibu
Ya Allah Ya Tuhanku,
Yang Maha Penyembuh segala kesakitan, sembuhkanlah penyakit anakku, sihatkanlah kesihatannya seperti sedia kala, peliharalah dia seperti mana Kau memeliharanya selama sembilan dalam kandunganku.
Kasihanilah dia dan jauhkanlah serta lindungilah anakku daripada penyakit yang berbahaya. Kasihanilah tubuh kecilnya yang lemah tanpa perlindunganMu, sembuhkanlah dia Ya Allah.
Hanya kepadaMu aku bermohon dan berserah akan kesihatan tubuh badan anakku.
Ya Allah Ya Tuhanku, makbulkan lah doa hambaMu ini.
*ibu boleh berdoa menggunakan perkataan sendiri dan menunjukkan keikhlasan dan kebergantungan ibu kepada Allah SWT.
Jika masalah ini kerap berlaku dan menganggu bayi, disarankan supaya membawa bayi untuk diperiksa oleh doktor bagi mengetahui adakah ada sebab-sebab lain yang menyebabkan bayi sentiasa mempunyai masalah selsema batuk.
Semoga perkongsian artikel dan video di bawah berkenaan Doa Bayi Selsema Batuk Sahih Dalam Islam Yang Boleh Diamalkan dapat membantu para ibu.
Sumber Sahih Al-Fatihah:
Imam al-Nawawi berkata: Sunat membaca kepada orang yang sakit dengan al-Fatihah berdasarkan hadith Nabi SAW:
وَمَا أَدْرَاكَ أَنَّهَا رُقْيَةٌ ؟
Maksudnya: Tidakkah kamu ketahui bahawa surah Fatihah bersifat ruqyah.
Riwayat al-Bukhari (5736) dan Muslim (2201)
Kelebihan surah al-Fatihah ini dapat dirujuk kepada peristiwa bagaimana seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abu Sa’id al-Khudri R.A yang telah menjampi seorang ketua kabilah yang terkena sengatan binatang berbisa. Beliau membaca al-Fatihah untuk merawat dan dengan izin Allah SWT, ketua kabilah itu sembuh seperti sediakala. Kisah tersebut dirakamkan melalui hadith berikut:
Daripada Abi Sa’id al-Khudri R.A:
أَنَّ نَاسًا مِنْ أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- كَانُوا فى سَفَرٍ فَمَرُّوا بِحَىٍّ مِنْ أَحْيَاءِ الْعَرَبِ فَاسْتَضَافُوهُمْ فَلَمْ يُضِيفُوهُمْ. فَقَالُوا لَهُمْ هَلْ فِيكُمْ رَاقٍ فَإِنَّ سَيِّدَ الْحَىِّ لَدِيغٌ أَوْ مُصَابٌ. فَقَالَ رَجُلٌ مِنْهُمْ نَعَمْ فَأَتَاهُ فَرَقَاهُ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ فَبَرَأَ الرَّجُلُ فَأُعْطِىَ قَطِيعًا مِنْ غَنَمٍ فَأَبَى أَنْ يَقْبَلَهَا. وَقَالَ حَتَّى أَذْكُرَ ذَلِكَ لِلنَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم-. فَأَتَى النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- فَذَكَرَ ذَلِكَ لَهُ. فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَاللَّهِ مَا رَقَيْتُ إِلاَّ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ. فَتَبَسَّمَ وَقَالَ « وَمَا أَدْرَاكَ أَنَّهَا رُقْيَةٌ ». ثُمَّ قَالَ : خُذُوا مِنْهُمْ وَاضْرِبُوا لِى بِسَهْمٍ مَعَكُمْ
Maksudnya: “Sesungguhnya beberapa orang daripada kalangan sahabat Rasulullah SAW sedang berada dalam perjalanan. Mereka pergi ke salah sebuah kampung Arab dan mereka berharap agar boleh menjadi tetamu kepada penduduk kampung tersebut.
Namun ternyata penduduk kampung itu tidak mahu menerima mereka. Tetapi ada yang bertanya: “Adakah ada antara kamu yang boleh menjampi? Ini kerana penghulu kampung kami terkena sengat.” Salah seorang dari para sahabat menjawab: “Ya, ada.” Lalu beliau menemui ketua kampung tersebut dan menjampinya dengan surah al-Fatihah.
Kemudian ketua kampung tersebut sembuh, maka sahabat tersebut diberi beberapa ekor kambing. Beliau tidak mahu menerimanya dan mengajukan syarat: “Aku akan menyampaikannya kepada Nabi SAW,” beliau pun pulang menemui Nabi SAW dan menyatakan pengalaman tersebut. Beliau berkata: “Ya Rasulullah! Demi Allah, aku hanya menjampi dengan surah al-Fatihah.” “Bagaimana engkau tahu bahawa al-Fatihah itu memang merupakan jampi?” Kemudian Baginda bersabda lagi: “Ambillah pemberian daripada mereka dan pastikan aku mendapatkan bahagian bersama kamu.”
Riwayat Muslim (5863)
Sumber: Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Sumber Sahih Selawat Syifa’:
Selawat Syifa’ boleh diamalkan dan digunakan untuk merawat pelbagai penyakit. Dalam rawatan Islam, penggunaan doa daripada ayat-ayat al-Quran, doa-doa daripada hadith Nabi SAW atau doa-doa yang tidak mengandungi kata-kata pemujaan kepada makhluk atau mensyirikkan Allah adalah diharuskan.
Salah satu doa atau selawat yang sering digunapakai sebagai bacaan dalam rawatan penyakit adalah Selawat Syifa’. Selawat ini dinamakan Selawat Syifa’ yang bermaksud ia adalah alat atau ikhtiar untuk mendapatkan kesembuhan.
Sumber: Buku Rawatan Penyakit Jasmani
Sumber Sahih Doa Batuk/ Penghilang Kesakitan
Telah berkata kepadaku Abu Bakar, telah berkata kepadaku Yahya bin Abu Bakar telah berkata kepadaku Zuhair bin Muhammad dari Yazid bin Khushaifah dari Amr bin Abdullah bin Ka’ab dari Nafi’ bin Jubair dari Utsman bin Abu Al Ash Ats Tsaqafi bahawasanya ia berkata : aku mendatangi nabi SAW dan aku mempunyai penyakit yang hampir membinasakanku maka Beliau berkata kepadaku letakkan tanganmu yang kanan ke bahagian yang sakit dan berdoalah sebanyak tujuh kali.
Sahabat tersebut berkata: “Maka aku katakan yang demikian itu (berdo’a) dan Allah Subhannahu wa Ta’ala pun mennyembuhkan ku.
Letakkan tanganmu pada bagian tubuhmu yang sakit dan ucapkan : “BISMILLAH” 3 kali, kemudian ucapkan sebanyak 7 kali:
A’UDZU BI ‘IZZATILLAHI WA QUDRATIHI MIN SYARRI MA AJIDU WA UHADZIR’U
Maksudnya: Aku berlindung kepada keagungan dan kekuasaan Allah dari keburukan yang aku dapati dan aku takutkan”.
(H.R. Muslim).
Sumber Doa Penyejuk
Doa ini dipetik daripada buku tulisan Almarhum Tuan Guru Dato’ Haron Din.
Sumber: Buku Rawatan Penyakit Jasmani (II) Terbitan Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia & Koperasi Darussyifa’ Berhad
Sumber Doa Selsema
Doa ini dipetik daripada buku tulisan Almarhum Tuan Guru Dato’ Haron Din.
Sumber: Buku Ikhtiar Penyembuhan Penyakit
Sumber Sahih Mustajabnya Doa Ibu
Doa merupakan senjata buat orang-orang yang beriman dan ia merupakan salah satu ibadah yang amat istimewa kerana ia menghubungkan secara terus seseorang hamba itu dengan Penciptanya iaitu Allah SWT.
ثَلَاثُ دَعَوَاتٍ يُسْتَجَابُ لَهُنَّ، لَا شَكَّ فِيهِنَّ: دَعْوَةُ الْمَظْلُومِ، وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ، وَدَعْوَةُ الْوَالِدِ لِوَلَدِهِ
Maksudnya: “Tiga doa yang mustajab dengan tidak syak lagi padanya: Doa seorang yang dizalimi, doa seorang yang bemusafir dan doa ibubapa kepada anaknya.
Riwayat Ibn Majah
Sumber: Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan