Suatu ketika hangat diperkatakan tentang isu ini. Ramai juga yang bimbang sebab eucalyptus antara bahan popular yang terdapat dalam kebanyakan produk kesihatan untuk bayi. Balsam SimpliRub pun dirumus dengan gabungan pati eucalyptus bersama bahan-bahan premium yang lain.
Sesuatu isu tidak seharusnya dibaca separuh jalan. Pembacaan serta penelitian yang terperinci perlu dibuat supaya tiada salah faham yang timbul.
Seperti isu eucalyptus ini, ia memang boleh menjadi bahaya jika pati atau minyaknya tidak dicairkan terlebih dahulu. Ada kaedah yang perlu ibu ayah ikut sebelum menggunakan minyak eucalyptus pada bayi masing-masing.
- Minyak eucalyptus perlu dicairkan dengan minyak kelapa atau minyak matahari. Disarankan supaya TIDAK MENGGUNAKAN MINYAK ZAITUN.
- Kadar penggunaan minyak eucalyptus pada bayi adalah di antara 0.5 hingga 2.5 peratus sahaja.
- Sekiranya bayi atau anak kecil mengidap asma, ELAKKAN daripada menggunakan diffuser. Ia boleh menyebabkan bayi mendapat gangguan pernafasan.
Manfaat Eucalyptus Untuk Kesihatan
Eucalyptus merupakan tumbuhan malar hijau daripada jenis myrtle. Pokoknya boleh membesar sehingga mencapai ketinggian 100 meter.
Tumbuhan yang mempunyai banyak manfaat ini tumbuh subur di negara Australia dan New Zealand. Iklim di kedua-dua negara tersebut adalah yang paling sesuai untuk tumbuhan berkhasiat ini. Selain itu, di beberapa tempat lain seperti Amerika Selatan, Afrika, India dan Indonesia usaha untuk menanam tumbuhan eucalyptus giat dijalankan.
Minyak atau pati eucalyptus yang banyak digunakan dalam produk penjagaan diri dan kesihatan diperoleh daripada daunnya. Ada proses yang perlu dilakukan dengan teliti bagi mendapatkan hasil yang berkualiti serta boleh memberi manfaat secara optimum kepada pengguna.
Di antara manfaat eucalyptus adalah:
🔸 Mampu meredakan batuk, selsema, sakit tekak dan hidung tersumbat akibat selsema. Aroma yang terhasil daripada pati eucalyptus dipercayai mempunyai keupayaan untuk melegakan rasa tidak selesa yang dialami.
Sapukan saja balsam atau ubat yang mengandungi pati atau minyak eucalyptus ke dada dan leher. Suatu kelegaan akan dirasai selepas beberapa ketika sahaja.
🔸 Ia dapat mencairkan kahak yang terperangkap di salur pernafasan (hidung dan kerongkong). Ini membantu proses mengeluarkan kahak tersebut serta mempercepatkan proses penyembuhan.
Jika menggunakan balsam, oles saja ke bahagian dada yang sarat dengan lendir kahak. Ia akan mencair lalu dapat dikeluarkan apabila kita batuk. Ini juga berkesan (insya-Allah) untuk bayi dan anak kecil.
🔸 Terdapat kajian yang menyatakan bahawa eucalyptus dapat melegakan sakit sendi akibat rheumatoid arthritis dan osteoarthritis. Kebanyakan ubat sapu bagi kedua-dua penyakit ini lazimnya dirumus bersama minyak pati eucalyptus.
🔸 Kandungan antibakteria dalam minyak eucalyptus dapat menghilangkan bau mulut yang berpunca daripada kuman. Ia juga dapat mengurangkan risiko pembentukan plak pada gigi serta mencegah kerosakan gusi.
🔸 Aroma eucalyptus mampu memberikan rasa tenang kepada orang yang mengalami sakit kepala. Membuatkan kita lebih selesa untuk berehat dan akhirnya berasa lebih lega.
🔸 Masyarakat Aborigin (suku asli di Australia) menggunakan minyak eucalyptus untuk menyembuhkan luka. Juga sebagai perlindungan daripada jangkitan kuman.
Khasiat eucalyptus masih lagi diyakini untuk mencegah radang serta mempercepatkan proses penyembuhan.
🔸 Apabila berlaku sesak nafas akibat asma, cuba titiskan minyak eucalyptus ke dalam air suam dan hidu wapnya. Ia dapat memberi sedikit kelegaan. Atau, boleh juga oleskan balsam yang dirumus dengan pati eucalyptus pada bahagian dada dan belakang badan untuk melegakan rasa sesak nafas tersebut.
🔸 Pati eucalyptus bukan sahaja baik untuk kesihatan tubuh manusia, malah ia juga dapat mencegah kehadiran serangga seperti nyamuk.
Ibu-ibu yang bimbang bayi mungkin digigit nyamuk sewaktu tidue, bolehlah sapukan sedikit balsam dengan rumusan pati eucalyptus ke badan bayi. Sedikit sahaja ya! Sebagai pencegah nyamuk sahaja.
PERHATIAN!
Walaupun terdapat banyak manfaat yang boleh diperoleh daripada eucalyptus, kita tetap perlu berhati-hati sekiranya mahu menggunakannya. Pastikan terlebih dahulu sama ada kita atau anak-anak mempunyai alahan terhadap eucalyptus atau tidak.
Antara tanda-tanda alahan yang boleh diperhatikan adalah:
❌ Cirit-birit
❌ Mual
❌ Muntah-muntah
Sekiranya terdapat salah satu atau kesemua tanda yang dinyatakan, seeloknya hentikan penggunaan balsam atau ubatan yang mengandungi pati eucalyptus. Rujuk kepada doktor untuk mendapatkan panduan mengenai nisbah penggunaan yang sesuai atau pilihan lain yang boleh dijadikan pengganti.
Golongan yang perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan sesuatu ubat atau balsam yang mengandungi pati eucalyptus adalah:
- Bayi di bawah usia 12 bulan.
- Penghidap penyakit hati yang teruk.
- Penghidap asma.
- Penghidap penyakit melibatkan usus
- Orang yang mempunyai alahan terhadap tumbuhan atau bahan-bahan berasaskannya.
- Pengamal ubat homeopati yang lain selain yang mengandungi pati eucalyptus.
Bagi bayi yang disahkan mempunyai G6PD, adalah dinasihatkan agar TIDAK SESEKALI diberi sebarang rawatan menggunakan pati eucalyptus. Ia boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit bayi G6PD yang lazimnya lebih sensitif.
Diharapkan artikel ini akan membantu para ibu bapa untuk membuat pilihan terbaik bagi perawatan anak masing-masing. Di samping menerangkan dengan lebih jelas mengenai eucalyptus yang terkandung di dalam balsam khusus untuk bayi dan kanak-kanak, SimpliRub.