Selsema adalah keadaan di mana hidung menjadi berair dan terdapat mukus mengalir keluar daripadanya. Biasanya kanak-kanak boleh terkena selsema dalam cuaca sejuk, debu yang masuk ke dalam lubang hidung, dijangkiti virus atau disebabkan oleh alahan terhadap sesuatu.

 

Apa pun, puan perlu bertenang hadapi anak selesema

Mukus adalah cairan yang dihasilkan oleh mukosa yang ada di saluran pernafasan kita. Di sini juga terdapat lapisan cilia yang bertindak sebagai penapis untuk memerangkap bendasing dari terus masuk ke paru-paru sewaktu kita bernafas.

Antibodi dan enzim yang terdapat di dalam mukus akan melawan serta membunuh bakteria dan virus yang terkandung dalam udara yangkita sedut setiap waktu.

Mukus akhirnya akan membawa bendasing yang terperangkap tadi melalui tekak seterusnya masuk ke dalam perut dan dimusnahkan oleh asid yang terdapat di sana. Ada ketikanya mukus juga dikeluarkan melalui badan sebagai hingus dan kahak.

Dalam cuaca sejuk, proses mukus membawa keluar bendasing yang terperangkap di saluran pernafasan menjadi perlahan. Inilah yang menyebabkan ia mencair lalu mengalir keluar melalui hidung.

BAGAIMANA IBU BAPA BOLEH MERAWAT SELESEMA?

Kanak-kanak berusia di bawah 2 tahun memang mudah terkena selsema. Ini kerana antibodi mereka masih belum cukup matang untuk melindungi tubuh dari diserang virus mahupun bakteria. Selsema yang menyerang menyebabkan anak-anak tidak selesa. Mereka biasanya akan meragam hampir sepanjang waktu sehingga memberi tekanan kepada ibu bapa kerana terpaksa berjaga sehingga lewat pagi.

Sebagai usaha untuk mencegah anak-anak daripada mendapat selsema, ibu bapa boleh cuba beberapa langkah ini.

  • Ibu bapa perlu pastikan rumah sentiasa dibersihkan. Perhatikan setiap sudut dan bilik. Sapu dan lap jika terdapat habuk yang boleh menyebabkan anak selsema. Rumah dan bilik mestilah sentiasa bersih agar anak-anak dapat bermain dan tidur dengan selesa.
  • Ibu bapa juga perlu mengamalkan penjagaan kebersihan diri yang baik. Bersihkan diri sebaik balik daripada kerja sebelum memeluk anak-anak. Kita tak tahu bakteria atau virus apa yang melekat pada pakaian sewaktu berada di luar rumah. Oleh itu, adalah amat penting untuk bersihkan diri terlebih dahulu sebelum mendapatkan anak-anak.

Kita juga perlu mengajar anak-anak untuk selalu mencuci tangan sebelum dan selepas makan. Selain itu, perlu ingatkan anak-anak supaya membersihkan diri dengan betul setiap kali selesai bermain. Terutamanya jika mereka keluar bermain di taman atau bersama kawan-kawan.

  • Ibu bapa yang kurang sihat (demam, selsema atau batuk) perlu jauhkan diri daripada anak-anak bagi mengelakkan kesan sampingan kepada anak. Elakkan daripada memeluk atau mencium anak sekiranya ibu bapa mempunyai tanda-tanda kurang sihat. Ini kerana antibodi mereka masih lemah dan mudah dijangkiti penyakit bawaan virus atau bakteria.

 

  • Seterusnya, ibu bapa perlu pastikan pakaian dan permainan anak-anak serta peralatan di dalam rumah sentiasa dibersihkan. Terutamanya permainan yang anak kerap main. Di sekeliling kita penuh dengan debu dan kuman yang tidak kelihatan. Jika kita tidak berusaha menjaga kebersihan dengan kerap, bimbang nanti anak-anak atau kita sendiri akan mudah mendapat penyakit.

 

  • Jika keluar ke tempat awam, pastikan sentiasa membawa hand-sanitizer dan sapu tangan. Sanitasi tangan setiap kali memegang sesuatu di tempat awam. Ajarkan anak-anak juga, ya!

 

  • Sapu tangan yang kita bawa itu perlu digunakan untuk menutup hidung dan mulut apabila kita bersin atau batuk. Dan disiplinkan diri untuk selalu mengelak daripada berada dekat dengan orang yang tidak sihat. Anak-anak juga perlu dididik supaya tidak berada dekat dengan orang yang tidak sihat.

 

  • Amalan pemakanan seimbang juga amat penting dalam usaha mencegah tubuh daripada dijangkiti penyakit. Nutrien yang cukup dapat menjadi benteng pertahanan diri yang kuat. Pastikan ahli keluarga terutamanya anak-anak mendapat nutrien yang diperlukan tubuh secukupnya.

 

Dalam setiap hidangan, mestilah ada cukup sayur dan buah-buahan untuk menguatkan antibodi. Buah-buahan seperti limau, lemon, strawberi dan anggur kaya dengan vitamin C yang bertindak sebagai antioksidan bagi melindungi tubuh dari diserang penyakit.

Selain itu, ibu bapa perlu memastikan anak-anak minum air putih secukupnya setiap hari. Ia membantu tubuh kekal cergas dan terhidrasi lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca yang panas. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas atau 3 liter air putih setiap hari. Dalam cuaca sejuk, kurangkan pengambilan ais atau air sejuk. Sebaliknya banyakkan minum air suam agar tubuh lebih segar.

 

BAGAIMANAKAH SAYA BOLEH MERAWAT SELSEMA PADA ANAK?

❤️ Jika anak masih menyusu badan, teruskan memberi susu kepada anak. Khasiat susu ibu amat baik untuk menyembuhkan anak-anak yang menghidap selsema.

❤️ Jika hidung anak-anak tersumbat, boleh cuba gunakan semburan yang diberikan oleh doktor untuk mencairkan hingus. Nasal spray selamat digunakan untuk bayi di bawah usia 2 tahun. Cara menggunakannya adalah:

  • Tekan beberapa kali sehingga semburan halus keluar.
  • Dudukkan anak atau baringkan bayi di sisi untuk memudahkan proses semburan.
  • Masukkan hujung penyembur ke dalam lubang hidung dan picit perlahan. 1 hingga 2 semburan dah cukup.
  • Sembur pula ke lubang hidung satu lagi.
  • Apabila hingus sudah mencair, sedut dengan penyedut hingus. ELAKKAN DARI MENYEDUT DENGAN MULUT.
  • Bersihkan hujung penyembur dan penyedut hingus. Keringkan dengan betul sebelum disimpan ke dalam kotak. Gunakan semula apabila perlu.

 

❤️ Bayi selsema tidak dapat tidur dengan baik. Pastikan ibu bapa tinggikan sedikit kepala anak supaya mereka berasa lebih selesa dan lebih mudah bernafas sewaktu tidur.

❤️ Ada petua lama yang mengatakan hidung anak yang selsema tidak akan tersumbat jika disapu dengan sedikit air kunyit. Sapukan sedikit sahaja pada bahagian batang hidung. Hingus akan kering dan hidung akan berasa lebih lapang.

❤️ Mahu penyelesaian lebih mudah, bolehlah cuba sapukan Balsam SIMPLIRUB di bahagian dada depan dan belakang anak. Sapu juga di bahagian tekak untuk memberi kelegaan kepada bayi yang kurang sihat. Haruman lavender akan membuatkan anak-anak berasa nyaman seterusnya dapat tidur dengan lebih lena.

 

Peringatan untuk ibu

Ubat batuk & selsema tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah 2 tahun. Ia mungkin memberi kesan sampingan jangka panjang untuk anak anda. Anda perlu dapatkan nasihat doktor dahulu demi kebaikan anak anda.

Ada juga cara tradisional seperti menggunakan bawang putih dengan cara membakar bawang putih tersebut untuk mendapatkan minyak atau menggunakan kunyit hidup. Secara amnya, ia digunakan untuk sapu di batang hidung anak, dibelakang atau tapak kaki bayi bagi melegakan pernafasan.

 

Ada ke balm untuk bayi selsema?

Cara paling pantas dan mudah, gunakan Simplirub untuk kelegaan segera. Jika masih tidak sembuh, bolehlah cepat-cepat dapatkan nasihat doktor.

Similar Posts