Anak kita, walau dah 18 tahun tetap baby juga kan? Masih kita sayang dan risau kalau jadi apa-apa.Oleh itu, amat penting untuk kita sebagai ibu bapa sentiasa memberi pelukan kasih-sayang kepada anak-anak.

Kena selalu cakap yang kita sayangkan mereka. Walau marah pun, itu kerana sayang.Tapi apa yang kita kata perlulah seiring dengan perbuatan. Marah kerana sayang sangatlah berbeza dengan marah kerana nak melepaskan geram. Itu boleh berubah jadi isu penderaan pula.

Menurut Pakar Kekeluargaan, Keibubapaan dan Kasih Sayang Dr. Rozieta Shaary (Ibu Rose), ibu bapa perlu sentiasa tegas dengan anak-anak. Hatta ketika memanjakan anak pun.

Namun, jika anak melampaui batas atau tidak berkesan setelah ditegur dengan lembut, maka ibu bapa boleh mengambil tindakan secara berhemah.

Rotan jika perlu apabila anak sudah berusia 10 tahun.Sekiranya kita telah memarahi anak secara berlebihan, tidak salah untuk kita meminta maaf. Asalkan anak-anak jelas bahawa kita minta maaf kerana marah berlebihan, bukan kerana kita beri kelonggaran untuk mereka terus berbuat salah.

Dalam dunia yang penuh pancaroba hari ini, anak-anak perlu rasa diri mereka mendapat kasih sayang secukupnya dari ibu bapa. Dalam masa yang sama, mereka perlu dididik supaya menghormati kepercayaan dan lembut kasih yang diberi.Begitulah.

Similar Posts