Bayi Tidak Tidur Malam, Apa Perlu Buat? Perkongsian Pengalaman Madam Nurul Simplirub
Pada kebiasaannya, bayi menangis disebabkan rasa tidak selesa seterusnya menyebabkan bayi tidak tidur malam. Bagaimana caranya untuk mengetahui dan merawat bayi kembung perut? Artikel ini bertujuan untuk memberi panduan atau cara yang boleh terus dilakukan oleh para ibu di rumah.
Secara purata, bayi yang baru lahir akan tidur 16 jam atau lebih dalam sehari dan rutin tidur bayi agak tidak menentu pada permulaannya namun akan berubah menjadi lebih konsisten apabila bayi semakin membesar.
Apabila usia bayi sudah meningkat 3 atau 4 bulan, bayi akan tidur 5 jam pada setiap sesi. Meskipun pada usia ini bayi tidur agak lama, tetapi proses menidurkan bayi menjadi lebih sukar. Banyak faktor-faktor yang mempengaruhi masalah bayi tidak tidur lama.
Berikut adalah perkongsian apa yang boleh ibu buat di rumah ketika menghadapi waktu tidur bayi/ masalah bayi tidak tidur malam:
Cara Pertama : Bayi Tidak Tidur Malam Apa Perlu Buat
Mendukung Bayi
Bayi yang baru lahir memerlukan keselesaan seperti mana mereka berada dalam kandungan. Dengan mendukung dan memeluk, bayi akan terasa selesa dan lebih tenang. Semasa mendukung, rapatkan bayi pada badan dan usap atau belai badan bayi dengan menggunakan tangan anda.
Cara Kedua : Bayi Tidak Tidur Malam Apa Perlu Buat
Berikan Sesuatu Untuk Dihisap
Jika bayi menyusu badan, apa yang ibu boleh lakukan ialah dengan menyusukan bayi. Biarkan bayi berada dalam keadaan menyusu dalam tempoh yang agak lama sehinggalah bayi tidur lena.
Bagi bayi yang menyusu botol, ibu boleh memberikan susu formula di dalam botol atau memberikan puting kosong untuk di hisap. Ini kerana apabila bayi menghisap sesuatu, ia akan dapat menenangkan degupan jantung bayi dan membuatkannya merasa tenang.
Cara Ketiga : Bayi Tidak Tidur Malam Apa Perlu Buat
Mendodoi Bayi
Sambil mendukung bayi, goyangkan badan ibu ke kanan dan ke kiri dengan perlahan. Gerakan ini dipanggil gerakan ritmik yang berayun, ibu melakukan gerakan ini sambil berjalan atau hanya menggerakkan bahagian atas badan sahaja.
Gerakan ini juga membuatkan bayi berasa selesa dan tenang kerana menyerupai keadaan mereka semasa berada dalam kandungan ibu.
Cara Keempat : Bayi Tidak Tidur Malam Apa Perlu Buat
Menggunakan Suara
Ibu boleh menidurkan bayi dengan mengalunkan suara dalam bentuk zikir, nyanyian lembut atau dengan bantuan suara lain seperti bacaan al-quran atau muzik yang perlahan atau menenangkan. Ibu boleh cuba mempelbagaikan suara untuk menidurkan bayi.
Ini kerana, bayi sudah terbiasa mendengar suara ibu semasa berada dalam kandungan.
Cara Kelima : Bayi Tidak Tidur Malam Apa Perlu Buat
Mengurut Dengan Lembut
Sentuhan ibu juga dapat membantu bayi agar lebih tenang. Ibu boleh memilih untuk mengusap kepala bayi, memberi urutan lembut pada tubuh bayi atau menggosok belakang badan bayi. Kebanyakan bayi suka dengan sentuhan dan urutan yang lembut.
Urutan lembut boleh juga menggunakan minyak atau balm khas untuk bayi. Jika bayi sudah berhenti menangis, ibu boleh hentikan sentuhan atau urutan kerana ia menandakan bayi sudah cukup selesa.
Cara Keenam : Bayi Tidak Tidur Malam Apa Perlu Buat
Bertukar Giliran
Bagi ibu yang letih dan penat merawat bayi, disarankan bertukar giliran dengan pasangan dengan cara menyerahkan bayi untuk dijaga. Pasangan boleh membantu mendukung dan mendodoi bayi. Dengan cara ini juga ibu akan mendapat rehat yang cukup setelah seharian menjaga bayi.
Ibu yang cukup rehat akan jadi lebih tenang dari sudut emosi dan mampu mengendalikan masalah bayi dengan baik.
Cara Ketujuh : Bayi Tidak Tidur Malam Apa Perlu Buat
Menyusukan Bayi Sebelum Tidur
Sebelum waktu tidur bayi, pastikan ibu sudah menyusukan bayi sehingga kenyang. Ini kerana, bayi akan mudah terjaga bila terasa lapar. Pastikan juga bayi berada dalam keadaan kering dan tukar kain lampinnya kepada yang baru jika telah basah.
Sebaiknya semasa waktu bayi tidur, ibu juga turut tidur atau berehat bagi mendapatkan tenaga untuk menjaga bayi ketika dia sudah terjaga.
Cara Kelapan : Bayi Tidak Tidur Malam Apa Perlu Buat
Mengurut Gusi Bayi
Jika bayi sudah mencapai usia untuk tumbuh gigi, kemungkinan bayi tidak dapat tidur malam disebabkan kesakitan pada gusi bayi. Dengan mengurut secara lembut pada gusi bayi, ia dapat mengurangkan kesakitan dan dapat membantu bayi untuk tidur.
Ibu boleh menggunakan sapu tangan lembut yang bersih, pastikan jari dan tangan ibu juga berada dalam keadaan bersih sebelum memulakan urutan pada gusi bayi.
Jika masalah ini kerap berlaku dan menganggu bayi, disarankan supaya membawa bayi untuk diperiksa oleh doktor bagi mengetahui adakah ada sebab-sebab lain yang menyebabkan bayi sentiasa mempunyai masalah tidak tidur malam.
Semoga perkongsian artikel dan video di bawah berkenaan Bayi Tidak Tidur Malam, Apa perlu Buat daripada Madam Nurul iaitu Pengasas Simplirub dapat membantu para ibu.