Bayi sembelit, Apa Perlu Buat? Perkongsian Pengalaman Madam Nurul Simplirub
Sembelit adalah salah satu masalah kesihatan yang sering dialami oleh bayi dengan kerap. Bagaimana caranya untuk mengetahui dan merawat bayi sembelit? Artikel ini bertujuan untuk memberi panduan atau cara yang boleh terus dilakukan oleh para ibu di rumah.
Salah satu keadaan yang sering berlaku pada bayi ketika mengalami sembelit ini, bayi akan menghadapi masalah buang air besar. Bayi mungkin mengalami kesakitan ketika cuba membuang air besar dan menyebabkan rasa tidak selesa. Walaupun masalah ini adalah perkara normal kepada bayi, ibu mestilah sentiasa mengambil berat dan berwaspada jika bayi mengalami masalah sembelit.
Cara Pertama : Bayi sembelit Apa Perlu Buat
Lumurkan Balm/minyak Bayi
Penggunaan balm bayi atau minyak telon yang khusus untuk bayi akan membantu membuatkan perut bayi menjadi hangat dan merangsangnya untuk kentut.
Semasa melumurkan, jangan gunakan kuantiti yang terlalu banyak. Ini adalah kerana kulit si kecil adalah sensitif dan lembut. Lumurkan lapisan yang nipis di bahagian perut bayi dan ratakan ke seluruh bahagian perutnya.
Cara Kedua : Bayi sembelit, Apa Perlu Buat
Urutan Lembut
Beri urutan lembut pada anggota tubuh bayi seperti perut, punggung dan dada, tapak kaki dan betis bayi dengan gerakan berputar.
Sebaiknya jadikan rutin ini sebagai amalan pada bayi setiap kali selepas mandi kerana ianya dapat membantu melegakan sembelit pada bayi. Namun jangan lakukan urutan ini setelah bayi menyusu kerana ia akan membuatnya muntah.
Cara Ketiga : Bayi sembelit, Apa Perlu Buat
Membuat Gerakan Seperti Mengayuh Basikal
Gerakkan kedua kaki bayi seperti posisi sedang mengayuh basikal. Cara ini adalah sangat berkesan kerana mampu mendorong bayi mengeluarkan gas daripada perut dengan kentut.
Tidurkan bayi dalam posisi terlentang, lalu angkat kedua kaki si kecil membentuk 90 darjah, jangan angkat terlalu tinggi. Setelah itu, boleh gerakkan kaki bayi seperti sedang mengayuh basikal.
Cara keempat: Bayi sembelit, Apa Perlu Buat
Mandikan dengan air suam
Penggunaan air suam semasa memandikan bayi dapat membantu mengendurkan otot. Selain itu, air suam juga membantu mengurangkan ketidakselesaan perut kerana kesukaran membuang air besar pada bayi.
Cara kelima: Bayi sembelit, Apa Perlu Buat
Memberikan susuan/ cecair yang mencukupi
Untuk memastikan proses pencernaan dapat berjalan dengan lancar, pastikan keperluan cecair bayi dipenuhi. Beri lebih banyak susu ibu, atau jika bayi berusia lebih dari 6 bulan, ibu boleh memberikan lebih banyak cecair dalam bentuk air biasa dan buah-buahan seperti buah pir, plum atau epal tanpa kulit. Ibu juga boleh memberikan sayur-sayuran seperti brokoli untuk membantu sistem pencernaan berfungsi dengan lebih baik.
Cara keenam: Bayi sembelit, Apa Perlu Buat
Menggantikan susu formula
Ibu dinasihatkan untuk menukar susu formula sekiranya bayi mengalami sembelit sejak meminum susu formula tersebut dengan cara mengubah ke jenama lain. Rujuk kepada pakar atau doktor untuk mendapatkan susu formula yang sesuai dengan keperluan bayi.
Cara ketujuh: Bayi sembelit, Apa Perlu Buat
Biasakan duduk di tandas dengan kerap
Cara lain untuk menangani bayi yang mengalami masalah sembelit adalah dengan membuat jadual atau “waktu biasa ke tandas”.
Ciptakan suasana yang selesa agar bayi merasa selesa dengan setiap pergerakan usus di tandas. Ini membantu bayi melakukan pergerakan usus secara berkala. Kaedah ini berguna untuk mengajar bayi untuk mewujudkan perasaan ingin membuang air besar pada waktu tertentu, misalnya pada waktu pagi sebelum susuan pertama. Sudah tentu, ini boleh digunakan sebagai kaedah yang kuat untuk mengatasi masalah sembelit pada bayi.
Cara kelapan: Bayi sembelit, Apa Perlu Buat
Memastikan bayi sentiasa bergerak aktif/ banyak bergerak
Bayi dan kanak-kanak yang duduk lebih banyak dan malas melakukan aktiviti lebih berisiko mengalami sembelit kerana kurang pergerakan untuk memproses aktiviti pada pencernaan tubuh badan bayi .
Dengan bergerak secara aktif, pergerakan usus pada bayi dalam membuang najis dapat dibantu.
Cara kesembilan untuk merawat bayi sembelit
Menggunakan pelembut najis
Cara mengatasi masalah sembelit pada bayi boleh dilakukan dengan memberikan pelembut najis. Tidak perlu risau, penggunaan ubat ini selamat untuk bayi. Sebabnya, ubat jenis ini hanya berfungsi secara tempatan di saluran gastrointestinal tanpa diserap oleh badan.Namun, perlu diingatkan, penggunaan ubat mesti berada di bawah pengawasan doktor. Oleh itu, dos dan jangka masa penggunaan harus di bincangkan dengan doktor terlebih dahulu sebelum diberikan kepada bayi.
Jika masalah ini kerap berlaku dan menganggu bayi, disarankan supaya ibu membawa bayi untuk diperiksa oleh doktor bagi mengetahui adakah ada sebab atau punca lain yang menyebabkan bayi sentiasa mempunyai masalah sembelit.
Semoga perkongsian artikel dan video di bawah berkenaan Bayi Sembelit, Apa perlu Buat daripada Madam Nurul iaitu Pengasas Simplirub dapat membantu para ibu di luar sana.