Bayi Selsema Batuk, Apa Perlu Buat? Perkongsian Pengalaman Madam Nurul Simplirub
Pada kebiasaannya, bayi menangis disebabkan rasa tidak selesa kerana mungkin bayi tersebut mengalami masalah Selsema Batuk. Bagaimana caranya untuk merawat bayi Selsema Batuk? Artikel ini bertujuan untuk memberi panduan atau cara yang boleh terus dilakukan oleh para ibu di rumah.
Selsema dan batuk sebenarnya adalah mekanisma pertahanan tubuh apabila bakteria penyebab jangkitan menyerang pada badan bayi. Cara tubuh bayi melawannya adalah dengan mengusir bakteria melalui saluran pernafasan, dan ianya merupakan cara yang semula jadi. Batuk dan selsema juga boleh disebabkan oleh alahan. Batuk dan selsema terjadi kerana bakteria dan alahan. Ia dapat dibezakan dengan warna lendir atau bunyi batuk.
Walaupun terdapat banyak ubat batuk dan selsema dijual untuk bayi, ibu tidak boleh memberikan ubat tersebut dengan sesuka hati. Ubat-ubatan mesti diberikan dengan dos yang tepat mengikut usia, berat badan, keadaan bayi serta saranan doktor. Ibu juga harus bijak membezakan jenis batuk dan selsema yang dialami bayi.
Cara Pertama : Bayi Selsema Batuk Apa Perlu Buat
- Susuan Ibu
Ibu digalakkan untuk menyusukan bayi mereka kerana kandungan susu yang ada pada ibu bagus untuk kesihatan bayi dan sangat efektif dalam melawan penyakit seperti selsema dan batuk yang dialami pada bayi.
Cara Kedua : Bayi Selsema Batuk Apa Perlu Buat
- Rehat yang cukup untuk bayi
Rehat yang banyak adalah salah satu cara merawat selsema dan batuk pada bayi. Penjagaan asas ini yang wajib dipraktikkan oleh semua bayi untuk pulih daripada keadaannya.
Bayi memerlukan lebih banyak tidur untuk mendapatkan rehat yang secukupnya. Ini sebenarnya sama seperti ketika orang dewasa mengalaminya. Semakin letih badan, semakin lemah sistem imunnya dan begitu juga dengan bayi yang masih kecil terutamanya.
Cara Ketiga : Bayi Selsema Batuk Apa Perlu Buat
- Persekitaran dan tempat yang bersih
Ibu haruslah memastikan tempat dan persekitaran bayi sentiasa bersih untuk mengelakkan bakteria terkumpul yang boleh menyebabkan bayi mengalami masalah seperti selsema dan batuk. Ibu bapa juga sepatutnya sentiasa mengingatkan ahli keluarga yang lain juga untuk sentiasa membasuh tangan terlebih dahulu apabila ingin memegang bayi. Ibu juga perlu menggunakan peralatan seperti mainan atau pakaian yang bersih untuk bayi gunakan.
Cara Keempat : Bayi Selsema Batuk Apa Perlu Buat
- Gunakan humidifier/ Pelembap udara
Udara yang lembap dapat memudahkan anak bernafas. Anda boleh menggunakan pelembap udara semasa bayi sedang tidur. Namun begitu, ibu perlu memastikan peraturan penggunaan pelembap udara dipatuhi untuk mendapatkan manfaat yang maksimum. Pastikan juga pelembap udara yang digunakan tidak terlalu sejuk suhunya.
Cara Kelima : Bayi Selsema Batuk Apa Perlu Buat
- Sesuaikan kedudukan Kepala Bayi Semasa Tidur
Ibu boleh menyesuaikan kedudukan kepala supaya lebih tinggi daripada badan dengan meletakkan beberapa tuala atau bantal khas untuk bayi di bawah kepala mereka ketika tidur.
Kedudukan ini akan membuatkan bayi tidur lebih lena kerana dapat mengelakkan gangguan lendir pada hidung dan seterusnya untuk mengelakkan saluran pernafasan bayi terganggu yang mengakibatkan batuk.
Cara Keenam: Bayi Selsema Batuk Apa Perlu Buat
- Wap air suam
Untuk melegakan kesesakan nafas pada tekak dan hidung, ibu boleh mendukung bayi secara meniarap. Ia akan meletakkan bayi dalam posisi menghadap ke bawah dan menghadap ke arah wap air suam. Seterusnya ibu boleh menepuk belakang bayi secara perlahan dan dengan lembut sambil melalukan wap air suam pada bayi mereka.
Cara Ketujuh: Bayi Selsema Batuk Apa Perlu Buat
- Membersihkan hidung bayi dengan cairan saline
Kaedah semula jadi yang seterusnya adalah dengan memberikan saline atau ubat titisan pada bayi. Ia dibuat daripada larutan air garam steril. Campuran ini berfungsi untuk mengeluarkan lendir di hidung bayi.
Caranya adalah dengan menitiskan 1-2 titisan ke dalam lubang hidung bayi. Titiskan juga pada lubang hidung bayi yang sebelah lagi untuk mengelakkan bayi sukar bernafas akibat tersumbat. Setelah menitiskan dengan larutan garam/saline, ibu boleh membuang lendir daripada hidung bayi dengan alat penyedut khas.
Ibu boleh mendapatkan garam ini di farmasi. Pastikan ibu membaca label terlebih dahulu untuk mengetahui cara penggunaan dos dan had umur minimum bayi mereka.
Jika masalah ini kerap berlaku dan menganggu bayi, disarankan supaya membawa bayi untuk diperiksa oleh doktor untuk mengetahui adakah ada sebab-sebab lain yang menyebabkan bayi sentiasa mempunyai masalah selsema batuk.
Semoga perkongsian artikel dan video di bawah berkenaan Bayi Selsema Batuk, Apa perlu Buat daripada Madam Nurul iaitu Pengasas Simplirub dapat membantu para ibu.