Bayi Selsema, Apa Perlu Buat? Perkongsian Pengalaman Madam Nurul SimpliRub
Kanak-kanak khususnya bayi sangat mudah mengalami selsema. Bagaimana caranya untuk merawat bayi yang selsema? Artikel ini bertujuan untuk memberi panduan atau cara yang boleh terus dilakukan oleh para ibu di rumah.
Masalah selsema ini terjadi berpunca daripada jangkitan virus pada kawasan saluran pernafasan. Situasi ini juga membuatkan ibu perlu berjaga malam kerana terpaksa menjaga bayi mereka yang sukar untuk tidur.
Cara Pertama : Bayi Selsema Apa Perlu Buat
- Teknik percussion/ Urutan pada bayi
Cara yang boleh dipraktikkan dengan menggunakan teknik percussion. Ibu boleh membaringkan bayi mereka dalam keadaan posisi badan terlangkup ke bawah. Seterusnya, pastikan kepala bayi lebih rendah berbanding kaki dan kaki diletakkan lurus. Selepas itu, tepuk secara lembut dan perlahan selama 15 minit pada bahagian belakang bayi tersebut dengan telapak tangan.
Teknik ini amat mudah untuk diamalkan oleh ibu di luar sana bagi membantu dan mengurangkan masalah bayi selsema dan hidung tersumbat.
Cara Kedua: Bayi Selsema Apa Perlu Buat
- Bersihkan/ Cuci hidung bayi
Apa yang perlu dibuat oleh ibu apabila bayi mereka mengalami masalah seperti selsema adalah dengan membersihkan atau mencuci pada bahagian hidung bayi yang tersumbat. Cuci pada bahagian hidung bayi menggunakan air garam yang boleh didapati di farmasi yang berdekatan seperti menggunakan nasal irrigation atau nasal drop. Ia berfungsi untuk melembutkan hingus dan boleh sedut guna inspirator dengan cara menitiskan ke dalam hidung bayi.
Langkah yang pertama untuk membersihkan hidung bayi adalah dengan membaringkan bayi dan pastikan bayi berada dalam keadaan selesa serta kepala ditinggikan sedikit. Kedua, titiskan 1-2 titik ke dalam dua-dua belah lubang hidung bayi.
Titisan tersebut akan membantu membersihkan lubang hidung bayi yang tersumbat akibat selsema yang dialami bayi berkenaan.
Cara Ketiga: Bayi Selsema Apa Perlu Buat
- Susuan Ibu
Seperti yang kita tahu, susu ibu sangat baik untuk kesihatan bayi. Jadi, menyusukan bayi menggunakan susu ibu merupakan salah satu cara yang terbaik untuk memastikan bayi sentiasa sihat. Begitu juga jika bayi mengalami masalah seperti selsema, ibu perlu memastikan bayi sentiasa menyusu dengan kerap untuk membantu kahak cepat cair.
Cara Keempat: Bayi Selsema Apa Perlu Buat
- Penjagaan Kebersihan Bayi
Ibu bapa atau penjaga mestilah mengutamakan akan kebersihan terutamanya di persekitaran bayi mereka berada. Penjagaan kebersihan ini sangat penting untuk memastikan bayi mereka sentiasa sihat bagi mengelakkan berlakunya masalah kesihatan seperti selsema.
Ibu bapa atau penjaga serta ahli keluarga mestilah sentiasa membasuh tangan dengan kerap terutamanya apabila hendak memegang bayi. Elakkan daripada mencium bayi terutamanya apabila ibu bapa kurang sihat supaya dapat mengelakkan jangkitan virus dan bakteria kepada bayi tersebut. Sentiasalah membersihkan barangan seperti mainan bayi, tempat tidur bayi dan barangan yang kerap digunakan.
Cara Kelima: Bayi Selsema Apa Perlu Buat
- Semburan hidung (Sterimar Nasal Spray)
Semburan hidung ini dikatakan salah satu “ubat” yang dinasihatkan oleh doktor. Namun ianya bukanlah ubat tetapi adalah semburan yang berasaskan air laut semulajadi yang telah diproses dan dibersihkan serta selamat digunakan untuk bayi yang mengalami masalah seperti selsema.
Cara penggunaan semburan hidung ini adalah dengan memicit semburan beberapa kali hingga semburan halus keluar. Ibu juga perlu membaringkan bayi mereka secara mengiring. Seterusnya, masukkan muncung semburan ke dalam hidung bayi dan tekan dengan perlahan dan lembut. Satu atau 2 titis sudah mencukupi. Semburkan juga ke dalam hidung sebelah lagi. Ingat, sentiasa gunakan penyedut hingus untuk mengeluarkan hingus yang cair. Jangan sesekali menggunakan mulut untuk menyedut hingus bayi. Selepas siap, basuh muncungnya sehingga bersih. Gunakan kembali mengikut nasihat doktor.
Cara Keenam: Bayi Selsema Apa Perlu Buat
- Garlic Steaming
Garlic steaming adalah salah satu cara dengan menghalakan muka bayi ke arah wap. Kaedahnya adalah dengan memanaskan periuk nasi yang berisi air. Letakkan bawang putih yang telah diketuk ke dalam air paras sebelum proses stim dilakukan. Selepas air mendidih, sejukkan seketika sebelum wap itu dihidu anak-anak yang selesema atau batuk dalam posisi tunduk. Selesai mengaplikasikan kaedah ini, tepuk perlahan-lahan pada dada kanan dan kiri bayi. Tepuk selama satu minit pada setiap belah. Ianya bertujuan untuk mencairkan kahak dalam paru-paru bayi dan hingus di bahagian hidung bayi.
Cara Ketujuh: Bayi Selsema Apa Perlu Buat
- Air kunyit
Kunyit adalah merupakan antibiotik semula jadi yang mampu menjadi salah satu cara untuk membantu sistem imun ketahanan tubuh badan untuk melawan selsema.
Caranya menggunakan kaedah ini adalah dengan menumbuk kunyit hidup sehingga mengeluarkan air. Seterusnya, gosokkan air kunyit yang telah ditumbuk pada bahagian dada dan belakang bayi dan sapukan air kunyit itu pada batang hidung bayi. Kaedah ini dikatakan dapat merawat dan melegakan pernafasan bayi yang mengalami masalah selsema.
Jika masalah selsema ini kerap berlaku dan menganggu bayi, ibu bapa atau penjaga disarankan supaya membawa bayi ke hospital atau klinik untuk diperiksa oleh doktor untuk mengetahui adakah mempunyai sebab-sebab lain yang menyebabkan bayi sentiasa mempunyai masalah selsema atau kerana dikhuatiri ada objek asing di dalam hidung bayi.
Semoga perkongsian artikel dan video di bawah berkenaan Bayi Selsema, Apa perlu Buat daripada Madam Nurul iaitu Pengasas SimpliRub dapat membantu para ibu di luar sana.