Bayi Kembung Perut, Apa Perlu Buat? Perkongsian Pengalaman Madam Nurul Simplirub

Pada kebiasaannya, bayi menangis disebabkan rasa tidak selesa dan kembung perut. Bagaimana caranya untuk mengetahui dan merawat bayi kembung perut? Artikel ini bertujuan untuk memberi panduan atau cara yang boleh terus dilakukan oleh para ibu di rumah.

Pertama adalah dengan memeriksa perut bayi, jika perut bayi terasa keras, mengeluarkan bunyi yang kuat ketika ditepuk perlahan atau sering menangis selepas menyusu kemungkinan bayi mengalami masalah kembung perut.

Bagi ibu muda yang baru mempunyai anak, mereka sering sahaja buntu dan tidak tahu apa yang perlu dibuat untuk merawat bayi yang mempunyai masalah kembung perut ini. Ramai ibu di luar sana yang mengadu masalah mereka dan bertanya kepada Madam Nurul, apakah yang mereka perlu lakukan jika berada dalam situasi ini?

Cara Pertama : Bayi Kembung Perut Apa Perlu Buat

  • Lumurkan Balm/ minyak Bayi 

Penggunaan balm bayi atau minyak telon yang khusus untuk bayi akan membantu membuat perut bayi menjadi hangat dan merangsangnya untuk kentut. 

 

Semasa melumurkan, jangan gunakan kuantiti yang terlalu banyak. Ini adalah kerana kulit si kecil adalah sensitif dan lembut. Lumurkan sedikit saja dalam lapisan yang nipis di bahagian perut bayi dan ratakan ke seluruh bahagian perutnya.

Cara Kedua : Bayi Kembung Perut Apa Perlu Buat

  • Urutan Lembut 

Beri urutan lembut pada anggota tubuh bayi seperti perut, punggung dan dada, tapak kaki dan betis bayi dengan gerakan berputar. 

Sebaiknya jadikan rutin ini sebagai amalan pada bayi setiap kali selepas mandi. Namun jangan lakukan urutan ini setelah bayi menyusu karena ia akan membuatnya muntah.

Cara Ketiga : Bayi Kembung Perut Apa Perlu Buat

  • Membuat Gerakan Seperti Mengayuh Basikal

Gerakkan kedua kaki bayi seperti posisi sedang mengayuh basikal. Cara ini adalah sangat berkesan kerana mampu mendorong bayi mengeluarkan gas dari perut secara kentut.

 

Tidurkan bayi dalam posisi terlentang, lalu angkat kedua kaki si kecil membentuk 90 darjah, jangan angkat terlalu tinggi. Setelah itu, boleh gerakkan kaki bayi seperti sedang mengayuh basikal.

Cara Keempat : Bayi Kembung Perut Apa Perlu Buat

  • Biarkan Bayi Meniarap

Letakkan bayi pada posisi meniarap selama 5 – 10 minit namun pastikan bayi sentiasa dalam pengawasan anda. Dengan meletakkan dalam posisi ini, ia akan membantu gas perut mendapatkan tekanan daripada berat badan.

 

Perhatikan jika bayi anda berjaya mengeluarkan angin secara sendawa atau pun kentut dalam posisi ini.

Cara Kelima : Bayi Kembung Perut Apa Perlu Buat

  • Dukung Bayi Pada Posisi Tegak

Dukung bayi pada posisi tegak berdiri dan rapatkan badan dan perut bayi pada dada ibu. Sentuhan kulit ke kulit ini akan membuat bayi menjadi lebih tenang, dan mendorong gas keluar daripada perut bayi. 

 

Haba dari pelukan dan badan ibu juga akan membantu memberi kehangatan pada bayi dan membuatkan bayi merasa lebih selesa.

Cara Keenam : Bayi Kembung Perut Apa Perlu Buat

  • Tuam Perut Bayi

Dengan menggunakan tuam yang khusus untuk bayi yang dipanaskan dalam suhu yang suam, tuam bahagian perut dan belakang bayi. Haba yang suam ini akan membantu dalam proses pengeluaran gas dari perut bayi anda.

Cara ini boleh juga dibuat dengan menggunakan kedua-dua tapak tangan anda. Pertama, gosokkan kedua-dua tapak anda sehingga menjadi hangat dan letak tapak tangan anda pada perut atau bahagian belakang bayi. Cara ini boleh dibuat berulang kali.

Cara Ketujuh : Bayi Kembung Perut Apa Perlu Buat

  • Tukar Posisi Menyusu

Ketika ibu sedang menyusukan bayi, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada perutnya. Apabila bayi berada dalam posisi ini, susu akan lebih mudah masuk ke dalam perut dan udara menuju ke atas sehingga bayi untuk sendawa. Gunakan bantal untuk membantu memudahkan ibu untuk menyusukan bayi anda dalam posisi ini.

 

Cara Kelapan : Bayi Kembung Perut Apa Perlu Buat

  • Pastikan Bayi Sendawa Selepas Menyusu

Posisikan kepala bayi dalam keadaan menegak pada bahu ibu dan tepuk perlahan pada bahagian belakang badannya untuk memudahkan proses sendawa pada bayi. Ini adalah kerana setiap kali bayi menyusu dan menangis, perutnya akan mudah menjadi kembung kerana aktiviti ini menyebabkan bayi menelan udara yang banyak. Dengan memastikan bayi sendawa setiap kali selepas menyusu, ia akan mencegah bayi kembung perut.

Jika masalah ini kerap berlaku dan menganggu bayi, disarankan supaya membawa bayi untuk diperiksa oleh doktor untuk mengetahui adakah ada sebab-sebab lain yang menyebabkan bayi sentiasa mempunyai masalah kembung perut.

Semoga perkongsian artikel dan video di bawah berkenaan Bayi Kembung Perut, Apa perlu Buat daripada Madam Nurul iaitu Pengasas Simplirub dapat membantu para ibu.

Similar Posts