Bayi Demam Apa Perlu Buat? Perkongsian Pengalaman Madam Nurul Simplirub

Bagaimana caranya untuk merawat bayi demam ? Artikel ini bertujuan untuk memberi panduan atau cara yang boleh terus dilakukan oleh para ibu di rumah.
Semua bayi biasanya pernah mengalami demam. Dalam sains perubatan, bayi dikatakan mengalami demam sekiranya suhu badan mereka mencapai 38 darjah Celsius atau lebih.
Sebagai ibu terutamanya, pasti akan risau dan panik apabila mendapati bayi mereka mengalami demam. Ibu tidak perlu bergegas ke doktor ketika menghadapi situasi seperti ini. Ada kalanya demam pada bayi adalah satu perkara biasa dan dapat dirawat di rumah sahaja.
Keadaan ini biasanya merupakan tanda bahawa tubuh bayi sedang melawan penyakit. Contohnya demam kerana kesan imunisasi. Demam dapat dilihat sebagai bukti bahawa sistem ketahanan badannya berfungsi dengan baik. Dengan kata lain, badan bayi anda berfungsi dengan normal.


Cara Pertama : Bayi Demam Apa Perlu Buat
Letakkan Kain Lembab/ Kool Fever
Ibu boleh menggunakan kain bersih dan letakkan di dahi bayi yang demam. Pastikan kain yang digunakan tidak terlalu basah dengan cara memerah terlebih dahulu sehingga ia menjadi lembab. Alternatif lain adalah dengan membeli Kool Fever, iaitu pengganti segera kepada kain lembab yang boleh didapati di farmasi dan kedai serbaneka. Ketika bayi sedang tidur, letakkan kain lembab atau Kool Fever di dahi bayi sebagai cara mengurangkan haba pada bayi. Sekiranya suhunya tinggi, ibu juga boleh meletakkan kain lembab atau Kool Fever pada leher, ketiak, lipatan siku, lutut atau pangkal paha.

Cara Kedua: Bayi Demam Apa Perlu Buat
Mandikan bayi dengan air suam
Ibu boleh memandikan bayi menggunakan air suam. Elakkan mandi dengan air sejuk kerana ini sebenarnya boleh menyebabkan suhu badannya semakin meningkat selepas itu. Pastikan suhu air tidak terlalu panas atau terlalu sejuk, kerana ini boleh menjadikan suhu badan bayi meningkat dan menggigil.
Setelah mandi, segera keringkan badan bayi dengan menggunakan tuala yang lembut dan bersih.
Apabila air menguap daripada kulit, suhu badan dapat turun dengan segera.


Cara Ketiga: Bayi Demam Apa Perlu Buat
Pakaikan pakaian ringan pada bayi
Sekiranya bayi memakai pakaian tebal atau berlapis, suhu badan akan terperangkap di dalam pakaian dan menyebabkan kepanasan sehingga demam bayi semakin tinggi. Tanggalkan pakaian tebal dan pakai hanya satu lapisan pakaian ringan. Berikan kepada bayi pakaian yang telah dicuci dan bersih. Pastikan pakaian selesa dipakai. Sekiranya si kecil kelihatan menggigil akibat kesejukan, ibu boleh menyelimutkan bayinya,
Ini menjadikan bayi berasa lebih selesa. Memakai pakaian yang tebal boleh menganggu sistem penyejukan semula jadi badan bayi. Melalui kaedah ini juga, ia dapat berfungsi sebagai salah satu cara untuk mengatasi masalah demam yang dialami oleh bayi.


Cara Keempat : Bayi Demam Apa Perlu Buat
Beri susuan Ibu/ minum yang secukupnya
Apabila demam, bayi akan kehilangan sedikit cecair melalui penyejatan daripada kulit. Untuk mengelakkan dehidrasi susuan ibu sangat bagus untuk mengekalkan kesihatan bayi. Ibu perlu memastikan bahawa bayi mereka sentiasa terhidrat dengan memberi pengambilan cecair yang mencukupi seperti susu ibu. Ini bertujuan untuk mengekalkan nutrisi yang lengkap pada bayi. Manakala untuk ibu yang mempunyai bayi berumur 6 bulan dan ke atas pula boleh memberikan air yang secukupnya untuk bayi sentiasa hidrat.


Cara Kelima: Bayi Demam Apa Perlu Buat
Pastikan suhu bilik sentiasa sejuk
Pastikan suhu bilik tidur bayi sejuk. Sekiranya ruangan panas, ibu boleh menggunakan penghawa dingin atau kipas angin, tetapi jangan menghalakan kepada bayi. Jika tidak mempunyai penghawa dingin, ibu boleh membuka tingkap supaya ruangan terasa lebih sejuk dan tidak sesak.
Suhu yang tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk dapat mengurangkan peningkatan suhu pada bayi yang mengalami demam.

Cara Keenam: Bayi Demam Apa Perlu Buat
Rehat yang cukup
Ibu perlu memastikan bayi mereka memperolehi rehat dan tidur yang cukup untuk mempercepatkan proses pemulihan daripada demam. Elakkan daripada bayi terlalu aktif kerana ia mungkin mengakibatkan suhu demam yang dialami semakin meningkat.


Cara Ketujuh: Bayi Demam Apa Perlu Buat
Pantau suhu bayi dengan kerap
Ibu perlu sentiasa memantau suhu bayi dengan kerap untuk mengelakkan berlakunya peningkatan suhu yang dialami bayi. Lakukan ujian suhu dengan menggunakan termometer setiap 5 jam sekali. Pastikan ibu menggunakan termometer yang bersih untuk mengelakkan jangkitan lain dan sebagainya. Sebelum digunakan, haruslah dicuci menggunakan sabun terlebih dahulu dan dibilas menggunakan air bersih. Letakkan termometer pada bahagian bawah lidah bayi atau di bahagian ketiak bayi. Pegang termometer dalam masa beberapa minit sehingga terdengar bunyi “bip”. Lepaskan termometer dengan lembut dan perlahan untuk melihat bacaan suhu bayi.

Jika masalah ini kerap berlaku dan menganggu bayi, disarankan supaya membawa bayi untuk diperiksa oleh doktor untuk mengetahui adakah ada sebab-sebab lain yang menyebabkan bayi sentiasa mempunyai masalah demam.

Semoga perkongsian artikel dan video di bawah berkenaan bayi demam, Apa perlu Buat daripada Madam Nurul iaitu Pengasas Simplirub dapat membantu para ibu.

Similar Posts