Bayi Batuk, Apa Perlu Buat? Perkongsian Pengalaman Madam Nurul, founder Simplirub
Kanak-kanak khususnya bayi sangat mudah mengalami batuk. Bagaimana caranya untuk merawat bayi batuk?
Jangkitan saluran pernafasan sering berlaku pada pada bayi. Penyakit berjangkit ini menyebabkan pelbagai gejala mulai dari demam, hidung berair, kesesakan, bersin, batuk, sesak nafas, hingga sakit tekak. Gejala-gejala ini sebenarnya adalah tindak balas badan terhadap memerangi penyakit.
Artikel ini bertujuan untuk memberi panduan atau cara yang boleh terus dilakukan oleh para ibu di rumah.
Berikut adalah beberapa perkara yang boleh ibu lakukan sekiranya bayi batuk:
Cara Pertama : Bayi Batuk Apa Perlu Buat
- Susuan Ibu
Kaedah ini dilakukan supaya lendir di saluran udara cepat dicairkan sehingga lebih mudah dikeluarkan. Memberi susu ibu. Kandungan dalam susu ibu akan meningkatkan daya tahannya. Manakala bagi bayi yang berusia lebih dari 6 bulan yang telah menggunakan makanan pelengkap (zat padat), ibu boleh memberi mereka air, jus buah, yang secukupnya untuk meningkatkan ketahanan antibodi bayi.
Pergerakan bayi semasa menghisap payudara akan menutup tiub eustachian yang menghubungkan hidung ke telinga. Keadaan ini akan mengurangkan risiko jangkitan telinga oleh bakteria di hidung dan tekak dan dapat mengurangkan masalah batuk bayi yang dialami.
Cara Kedua: Bayi Batuk Apa Perlu Buat
- Menaikkan kepala bayi / Sesuaikan Kedudukan Tidur Bayi
Semasa bayi tidur, letakkan kepalanya lebih tinggi sedikit daripada tempat tidur dengan meletakkan bantal atau selimut di bawah kepala.
Kedudukan tidur dengan kepala yang disangga oleh bantal akan membuat bayi yang batuk bernafas lebih mudah ketika tidur.
Cara ketiga: Bayi Batuk Apa Perlu Buat
- Masa rehat yang cukup
Pastikan bayi mempunyai rehat yang cukup sehingga keadaan tubuhnya kuat untuk melawan jangkitan yang menyebabkan batuk yang dialami.
Kurang rehat akan menyebabkan batuk serta membuatkan bayi hilang selera makan, dapat membuatnya gelisah dan tidak selesa.
Cara keempat: Bayi Batuk Apa Perlu Buat
- Jaga Kebersihan dan persekitaran
Semasa bayi batuk, ibu mestilah menutup mulut dengan menggunakan tangan dan membasuh tangan selepas itu untuk mengelakkan jangkitan. Semasa mengelap atau membersihkan kahak bayi, pastikan ibu menggunakan kain yang lembut dan bersih.
Cara kelima: Bayi Batuk Apa Perlu Buat
- Gunakan pelembap udara
Batuk pada bayi boleh menjadi lebih teruk apabila si kecil terkena udara sejuk dan kering, Ibu bapa juga boleh menggunakan pelembap udara untuk membuat si kecil merasa lebih selesa. Alat pelembap udara dapat menjadikan udara ruangan lebih lembap, sehingga dapat membersihkan paru-paru dan saluran udara ketika bayi batuk kahak. Untuk melegakan pernafasan si kecil, ibu dan ayah dapat menambahkan sedikit minyak pati beraroma mentol di pelembap udara.
Cara keenam: Bayi Batuk Apa Perlu Buat
- Elakkan terdedah kepada pencemaran
Untuk mengatasi batuk pada bayi agar tidak bertambah buruk, ibu perlu pastikan untuk menghindarkan bayi daripada terdedah kepada pencemaran seperti asap rokok. Ibu juga perlu mengelakkan bayi daripada pencemaran udara yang kotor kerana ia dapat menjejaskan saluran pernafasan bayi. Ini dapat membantu mencegah peningkatan kerengsaan dan batuk yang bayi alami.
Cara ketujuh: Bayi Batuk Apa Perlu Buat
- Memberi wap suam
Wap panas berfungsi untuk menghilangkan kahak dan membantu bayi bernafas dengan lebih bebas. Ibu boleh membiarkan air menjadi suam supaya bayi dapat bernafas. Ibu juga boleh mengatasi batuk bayi dengan memandikannya dalam air suam . Semasa menggunakan wap daripada air suam, pastikan suhu wap tidak terlalu panas (sekitar 37.2 celcius-38 celcius sahaja). Kaedah berendam juga boleh dilakukan dengan merendam bayi di dalam air suam atau duduk di bilik berwap selama 15 minit.
Cara kelapan:Bayi Batuk Apa Perlu Buat
- Ubat Ibuprofen
Ubat cair (sirap)atau ibuprofen ini hanya boleh digunakan pada bayi yang berumur lebih dari 3 bulan dengan dos yang disyorkan oleh doktor. Sama seperti parasetamol, ibuprofen juga berfungsi untuk menghilangkan demam pada bayi yang batuk dengan kahak. Namun begitu, perlu diiingatkan supaya sentiasa menggunakan alat pengukur yang disertakan dengan ubat dan bukannya menggunakan sudu.
Dos ibuprofen perlu dipertimbangkan dengan teliti sebelum diberikan kepada bayi yang mengalami batuk. Dos yang betul sangat penting supaya ubat dapat berfungsi dengan optimum dan berkesan.
Ibu boleh memberi ubat setiap 6 hingga 8 jam. Pastikan ibu tidak memberikan bayi lebih daripada 4 dos ubatan dalam masa 24 jam.
Jangan berikan ibuprofen kepada bayi yang mengambil ubat lain melainkan jika doktor meminta ibu berbuat demikian. Ubat-ubatan lain boleh mengandungi ibuprofen juga, mengakibatkan overdose yang boleh membahayakan kesihatan bayi. Walau bagaimanapun, pemberian ibuprofen mempunyai kesan sampingan dalam bentuk sakit perut.
Jika masalah batuk ini kerap berlaku dan menganggu bayi, ibu bapa atau penjaga disarankan supaya membawa bayi ke hospital atau klinik untuk diperiksa oleh doktor untuk mengetahui adakah mempunyai sebab-sebab lain yang menyebabkan bayi sentiasa mempunyai masalah batuk.
Semoga perkongsian artikel dan video di bawah berkenaan Bayi Batuk, Apa perlu Buat daripada Madam Nurul iaitu Pengasas Simplirub dapat membantu para ibu di luar sana.