Penyakit kuning atau jaundice merupakan diantara penyakit atau masalah yang sering dialami oleh bayi baru lahir. Bagi kebanyakan ibubapa yang baru pertama kali menimang cahaya mata, keadaan ini pastinya akan membuatkan ibubapa tersebut berasa risau.

Anda akan menemukan banyak pendapat daripada ibubapa atau orang-orang tua berkenaan penyakit kuning ini. Ada yang mengatakan bahawa penyakit kuning ini adalah perkara biasa dan ada juga yang beranggapan ia merupakan satu perkara yang anda perlu beri perhatian yang serius.

Kedua-duanya adalah betul. Ia boleh jadi penyakit kuning biasa atau penyakit kuning serius. Kebanyakan bayi baru lahir yang normal dan sihat akan mempunyai sedikit kesan-kesan berwarna kuning pada kulit mereka. Ia disebabkan oleh pengumpulan bahan kimia yang dikenali sebagai bilirubin didalam salur darah bayi tersebut.

Ia berlaku disebabkan oleh hati yang masih berada pada tahap pramatang yang mana ia masih belum mampu untuk menjalankan fungsinya dengan efisien iaitu untuk membuang bilirubin daripada salur darah.

Bilirubin merupakan proses pemecahan normal sel darah merah. Kebiasaannya bayi baru lahir akan mengalami penyakit kuning pada tahap sederhana. Keadaan ini tidak membahayakan namun ia akan mula menjadi bahaya jika tahap bilirubin tersebut menjadi tinggi.

Walaupun penyakit kuning merupakan salah satu daripada keadaan yang biasa dialami bayi baru lahir dan mudah untuk dirawat, namun jika tahap bilirubin terlalu tinggi dan tidak dirawat dengan baik, ia akan membawa kepada masalah yang lebih parah seperti kerosakan sistem saraf dan juga otak.

Penyakit kuning biasanya mudah untuk dialami oleh bayi baru lahir yang menyusu, terutamanya bayi baru lahir yang tidak disusukan dengan baik. Biasanya ibu yang menyusukan bayi baru lahir perlu menyusukan bayi mereka sekitar 8 ke 12 kali sehari dimana ia akan membantu untuk mengekalkan tahap bilirubin pada tahap paling rendah. 

Biasanya penyakit kuning pada bayi baru lahir akan bermula pada bahagian muka terlebih dahulu kemudian diikuti ke dada dan perut. Akhir sekali, ia akan mula merebak ke bahagian tangan dan kaki.

Bahagian mata putih juga berkemungkinan besar akan menjadi sedikit kekuningan. Doktor biasanya akan memeriksa badan bayi baru lahir dan jika terdapat tanda-tanda yang bukan sahaja bergantung kepada warna kekuningan pada kulit, ia juga akan mengambil kira umur dan faktor-faktor lain.

Ada kemungkinan besar doktor akan menjalankan ujian keatas kulit dan darah untuk mendiagnosis keadaan. Jika penyakit kuning berlaku sebelum bayi baru lahir berusia 24 jam, ujian bilirubin perlu dilakukan untuk mendapatkan diagnosis yang lebih tepat.

Bagi bayi baru lahir yang berusia 3 ke 5 hari pula, doktor perlu memeriksa mereka kerana pada masa ini tahap bilirubin adalah pada tahap tertinggi. Disebabkan oleh hal ini, bayi yang discharge sebelum berusia 72 jam perlu bertemu semula dengan doktor 2 hari selepas discharge. Namun, ada bayi baru lahir yang perlu bertemu doktor lebih awal:

  • Bayi baru lahir yang mempunyai tahap bilirubin yang tinggi sebelum keluar hospital
  • Bayi yang lahir awal (sekitar 2 minggu sebelum due date)
  • Terdapat tanda-tanda penyakit kuning pada bayi 24 jam selepas lahir
  • Bayi yang tidak menyusu dengan elok
  • Mana-mana bayi yang mengalami kesan calar atau pendarahan dibawah kulit kepala biasanya yang disebabkan oleh proses sewaktu kelahiran
  • Bayi yang mempunyai ibubapa atau adik beradik yang mempunyai tahap bilirubin yang tinggi dan pernah menjalani rawatan untuk penyakit kuning

Bila doktor sahkan yang adanya tanda penyakit kuning dan perlu dirawat, tahap bilirubin boleh dikurangkan dengan cara meletakkan bayi baru lahir dibawah lampu istimewa samada di hospital atau dirumah.

Similar Posts