Siapa disini yang ada masalah bayi susah tidur? Rasanya mesti ramai yang akan hadapi masalah bayi susah tidur ni. Tapi, pernah terfikir tak kalau kita yang menjadi punca bayi susah tidur ni sebenarnya? Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan berkenaan 8 kesilapan yang membuatkan bayi susah tidur.
Berdasarkan kajian dan pemerhatian pakar, ibubapa sendiri yang menjadi punca kepada masalah ini. Jom baca dan lihat samada anda ada terbuat silap tersebut dan macam mana cara nak mengatasinya!
- Biarkan Bayi Baru Lahir Berjaga Malam
Anda mungkin membiarkan bayi baru lahir atau anak-anak kecil anda berjaga lewat malam kerana anda ingin meluangkan masa bersama mereka. Ye la. Siang hari anda dah sibuk bekerja. Jadi, waktu malam sahaja masa yang sesuai dan yang anda ada.
Ada juga kemungkinan yang ia sudah menjadi tabiat anda untuk menidurkan bayi anda sebelum anda sendiri masuk tidur pada lewat malam. Disinilah masalahnya. Waktu tidur yang lewat akan membuatkan bayi baru lahir atau anak anda menjadi terlalu letih dan akan meragam serta susah untuk tidur.
Cara mengatasinya? Tetapkan masa tidur yang tetap. Anda juga perlu melihat tanda pada anak anda samada mereka letih seperti mata menjadi kuyu atau kerap menggosok mata. Jika anda bawa mereka untuk masuk tidur pada ketika ini, ia akan menjadi lebih mudah untuk mereka tertidur dengan sendirinya.
- Bergantung Kepada Pergerakan
Tiada salahnya untuk anda mendodoi anak anda untuk membuatkannya lebih tenang dan selesa sebelum tidur. Cuma, elakkan mendodoi sehingga tertidur. Berkemungkinan besar bayi baru lahir anda akan jadi terbiasa dengan keadaan ini dan akan bergantung sepenuhnya kepada pergerakan seperti mendodoi untuk tidur.
Bila hal ini berlaku, bayi susah tidur tadi jika terjaga pada waktu malam akan meminta diperlakukan dengan cara yang sama untuk tidur semula. Tidur yang bergantung
kepada pergerakan juga akan memberikan kesan terhadap kualiti tidur sekaligus bayi tidak akan mampu tidur lena dan tidur yang mampu membuatnya kembali cergas menurut kata-kata Marc Weissbluth, pakar kanak-kanak dan juga penulis buku Healthy Sleep Habits, Happy Child. Persamaan tidur bayi dalam keadaan bergerak adalah sama seperti tidur seorang dewasa didalam kapal terbang.
Cara mengatasinya? Guna pergerakan untuk menenangkan sahaja, bukan untuk menidurkan. Bila bayi anda mula menunjukkan tanda-tanda mengantuk, cepat-cepat anda tukar atau letakkan diatas katil.
- Gangguan Waktu Tidur
Anda mungkin merasakan yang mainan-mainan yang menarik, lampu-lampu atau muzik akan membantu untuk memudahkan bayi anda tidur. Namun hakikat yang sebenarnya adalah perkara yang sebaliknya pula yang berlaku.
Benda-benda yang disebutkan tadi tu akan membuatkan bayi anda akan lebih terganggu sekaligus membuatkannya terjaga.
Cara mengatasinya? Kekalkan keadaan bilik supaya gelap dan sunyi. Alihkan sebarang benda yang mampu membuatkan bayi anda terleka dan terhibur. Jauhkan mereka daripada cahaya gajet-gajet atau barangan elektronik seperti televisyen. Hal ini akan membuatkan otak bayi anda menganggap ia adalah waktu siang dan menyukarkannya untuk berehat.
- Gagal Merancang Waktu Tidur
Jika anda sama seperti kebanyakan orang lain, anda pastinya akan mempunya rutin harian anda yang tersendiri termasuklah waktu tidur. Begitu juga dengan bayi anda. Anda perlu tetapkan rutin harian dan juga waktu untuk bayi anda tidur. Namun, waktu tidur bayi dan orang dewasa adalah berbeza. Jika anda tidak mengajar daripada sekarang untuk mempunyai waktu tidur yang tetap, masalah bayi susah tidur akan berlaku.
Cara mengatasi? Anda kena adakan satu plan yang perlahan-lahan membawa bayi anda untuk tidur. Sebagai contoh, anda boleh mulakan dengan memandikan bayi anda, menukar kepada pakaian tidur, bercakap-cakap dan mendodoinya.