Sebagai ibubapa, kita sentiasa mahu anak-anak berjaya. Tidak sahaja di dunia, malah di akhirat lebih lagi tentunya.
Oleh itu, menjadi tanggungjawab yang sangat besar bagi kita untuk memastikan anak-anak terdidik dengan sebaiknya. Kita perlu memastikan..
1) Anak mendapat didikan agama yang cukup.Ilmu agama adalah ilmu paling utama perlu diterapkan dalam diri anak-anak kita. Ia adalah panduan lengkap yang akan memandu mereka ke arah kehidupan yang lebih terpelihara. Insya-Allah.
2) Anak diajar menguruskan diri dengan baik.Kemahiran hidup juga merupakan ilmu penting yang perlu anak-anak kuasai. Kita tidak akan ada selamanya bersama mereka. Suatu masa mereka perlu meneruskan hidup bersama orang lain. Tanpa kemahiran menguruskan hidup, kelak tentu sukar bagi mereka untuk menguruskan diri, apalagi orang lain.
3) Anak dididik dengan adab dan budi bahasa yang baik.Mengatasi ilmu, akhlak adalah perkara paling mustahak yang perlu diterapkan dalam diri anak-anak kita. Hanya dengan akhlak yang baik mereka akan disenangi oleh orang sekeliling.
Akhlak juga akan menjadikan mereka orang berilmu yang tetap merendah diri serta tahu menghormati orang lain.
Semoga kita menjadi ibubapa yang tidak lupa untuk memberikan contoh terbaik buat anak-anak pewaris masa hadapan.Insya-Allah.