Sebagai seorang ibu, anda pastinya tidak sabar untuk melihat bayi anda membesar di depan mata anda sendiri. Setiap momen besar dan bermakna bayi anda seperti hari dia mula berjalan, mula memanggil anda dan bermacam-macam lagi pastinya merupakan diantara momen yang anda sangat-sangat nantikan.

Dalam perkongsian kali ini, kami akan kongsikan dengan anda anggaran tempoh waktu berlakunya momen-momen indah ini.

Momen #1 : Bila bayi akan mula tumbuh gigi?

Sebenarnya, gigi bayi anda telah berada didalam proses untuk tumbuh sebelum lahir lagi. Apa yang dikongsikan ini adalah purata tempoh waktu secara umum sahaja. Jangan pula anda berasa risau sekiranya bayi anda belum menunjukkan tanda-tanda akan tumbuh gigi selepas 3 bulan atau setahun.

Waktu bayi akan mula tumbuh gigi adalah berbeza-beza. Ada bayi akan mula tumbuh gigi lebih awal berbanding dengan bayi lain dan sebaliknya. Ada juga situasi dimana bayi yang baru lahir sudah mempunyai gigi.

Usia 4 ke 7 bulan

Bayi anda akan mula menunjukkan tanda-tanda akan tumbuh gigi. Pada waktu ini, gusi bayi anda mungkin akan kelihatan sedikit bengkak dan kemerah-merahan. Kebiasaannya, dua gigi tengah dibahagian bawah merupakan diantara gigi pertama yang akan tumbuh terlebih dahulu.

Usia 8 ke 12 bulan

Pada usia ini pula, bayi anda akan mula menunjukkan tanda-tanda akan tumbuh dua gigi tengah dibahagian atas. Mengikut fakta, bayi perempuan akan tumbuh gigi lebih awal berbanding dengan bayi lelaki

Usia 9 ke 16 bulan

Gigi atas dan bawah yang mengapit gigi tengah akan mula tumbuh pada usia ini. Ada fakta lagi. Biasanya gigi akan tumbuh secara berpasangan. Satu disebelah kiri dan satu disebelah kanan.

 

Momen #2 : Bila bayi akan mula berjalan?

Waktu untuk bayi akan mula berjalan adalah berbeza. Ada bayi akan mula berjalan seawal usia 9 bulan dan ada juga bayi akan mula berjalan lebih lambat iaitu pada usia 17 bulan.

DIbawah ini kami kongsikan dengan anda setiap progress yang terlibat untuk bayi anda mula berjalan. Jika anda berasa risau dengan progress bayi anda, anda boleh membawanya berjumpa dengan doktor.

Usia awal kelahiran ke 2 bulan

Mempunyai refleks untuk mula menapak. Refleks ini adalah petanda pertama bayi akan mula berjalan apabila diletkakkan didalam posisi seakan-akan berdiri diatas permukaan yang keras. Bayi anda akan menggerak-gerakkan kakinya seperti sedang berjalan.

Usia 3 ke 4 bulan

Tanda bayi akan mula berjalan yang seterusnya adalah apabila bayi anda mula melakukan mini-pushups. Posisi ini adalah posisi dimana bayi anda akan meniarap dan akan mula mengangkat kepala dan dadanya keatas serta menggunanakan tangan untuk menyokong pergerakan ini. Progress ini sangat penting untuk membantu bayi membina kekuatan otot bahagian atas badan untuk membantunya berjalan nanti.

Usia 5 bulan

Pada usia ini, bayi anda akan mua melompat-lompat apabila diletakkan dalam posisi berdiri. Pergerakan ini akan membantu untuk membina kekuatan kaki yang memainkan peranan paling penting apabila bayi mula berjalan.

Usia 6 ke 9 bulan

Pada usia ini pula, bayi anda akan mula belajar untuk duduk. Untuk duduk sahaja sudah memerlukan kekuatan tengkuk, kawalan kepala, keseimbangan dan beberapa perkara lain yang sangat penting untuk membantu bayi mula berjalan. Dalam tempoh 7 ke 10 bulan, bayi anda akan belajar untuk merangkak dan ada sesetengah bayi yang akan skip proses ini untuk terus berjalan.

Usia 9 ke 12 bulan

Pada usia ini pula, bayi anda akan mampu untuk berdiri dengan menggunakan bantuan objek seperti sofa dan meja. Bayi anda juga akan menunjukkan yang dia mampu untuk duduk semula dengan sendiri selepas berdiri. Bayi anda mampu untuk berdiri tanpa sokongan selama beberapa saat dan mampu untuk berjalan jika anda memegang tangannya. Ada juga bayi akan mula berjalan pada usia ini. Namun pergerakannya pada permulaan akan menunjukkan tanda-tanda masih kekok untuk berjalan.

Usia 12 ke 15 bulan

Pada usia ini pula, bayi anda mungkin masih cuba untuk membiasakan dirinya untuk berjalan dan tiada masalah untuk duduk dan berdiri dengan sendirinya. Bayi anda juga mungkin gemar untuk menolak dan menarik sesuatu sambil berjalan pada usia ini.

Momen #3 : Bila bayi akan mula bercakap?

Apa perasaan anda bila bayi anda mula memanggil anda? Pastinya momen tersebut juga merupakan diantara momen yang sangat anda nantikan. Kebolehan untuk bercakap bagi setiap bayi adalah berbeza. Ada bayi akan mula bercakap lebih awal dan ada juga bayi akan mula bercakap lebih lambat. Dibawah ini kami kongsikan dengan anda apa yang anda boleh expect akan dituturkan oleh bayi anda pada usia tertentu.

Usia awal kelahiran ke 3 bulan

Bayi akan mula bercakap dengan mengeluarkan bunyi yang mempunyai satu suku kata sahaja terutamanya ketika bayi anda merasa puas atau seronok. Bayi anda juga akan menangis dan apabila anda semakin mengenali bayi anda, anda akan dapat bezakan samada bayi anda menangis kerana lapar atau sebab lain.

Usia 3 ke 6 bulan

Pada usia ini, bayi akan mula bercakap lebih banyak lagi. Bayi anda akan mengeluarkan lebih banyak bunyi yang berbeza. Bayi anda juga akan mula bercakap secara berintonasi sebagai respon terhadap “baby talk” anda dan ekpresi wajah anda.

Usia 7 ke 12 bulan

Pada usia ini pula, bayi akan mula bercakap dengan lebih banyak lagi seperti gabungan berbagai bunyi dan intonasi. Bayi anda juga akan mula untuk mengajuk apa yang anda sebut. Selain itu, bayi anda akan kelihatan seolah-olah sedang bergilir-gilir untuk bercakap dengan anda.

Seronok sebenarnya untuk melihat ketiga-tiga momen besar dan bermakna bayi anda seperti yang telah dikongsikan dalam artikel kali ini. Apapun anda harus sentiasa ingat bahawa apa yang dikongsikan tersebut adalah jangka waktu secara umum sahaja. Ada kemungkinan bayi anda akan melaluinya lebih awal dan ada juga kemungkinan untuk bayi anda melaluinya lebih lambat.

Jadi, anda tak perlu risau dan cubalah untuk menikmati setiap momen indah anda bersama bayi anda sepenuhnya. Sekian sahaja daripada kami untuk artikel kali ini. Jumpa lagi dalam perkongsian yang seterusnya!

Similar Posts